Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Keputusannya....
Cerita & gambar mengenai keputusan ujian telah di buat di DUNIA JAM.
2nd Replika Luminor Panerai [tali coklat] (59 jam 22 minit)
Keputusannya:
1st Junkers 'Hooters' (64 jam 2 minit)
Manufacturer claim, power reservenya cuma 40 jam.
2nd Replika Luminor Panerai [tali coklat] (59 jam 22 minit)
Agak mengagumkan bagi movement replika ini. Movement yang digunakan olehnya berbeza dari yang satu lagi. Sebab tu harganya mahal sedikit.
3rd Zenith [3 jarum] (50 jam 59 minit)
4th Replika Luminor Panerai [tali hitam military] (50 jam 7 minit)
5th Wood skeleton (46 jam 4 minit)
6th Zenith subsecond (43 jam 17 minit)
7th Suako (42 jam 8 minit)
Monday, July 12, 2010
Update untuk replika Panerai akan dibuat selepas ujian selesai
Ke lima-lima jam yang di preview sebelum ini sedang menjalani ujian ketahan power reserve bersama-sama dengan beberapa jam winding lain.
Update untuk replika tu akan dibuat selepas ujian selesai. Setakat ni replika menunjukkan ketahanan yang cukup bagus... setakat ni, jam-jam tersebut dah bergerak selama 44 jam 20 minit. Cukup hebat untuk movement jam replika.
Friday, July 9, 2010
Zenith winding gold filled bezel
Zenith ini menampilkan rupa yang sedikit berbeza dari sebelumnya. Dipercayai ianya dari tahun 1950-60an.
Kondisi jam sangat memuaskan. Bezelnya mempunyai saduran emas 40 mikron. Casingmempunyai diameter 34.4mm & saiz lug adalah 17mm.
Keseluruhan casing masih memuaskan hati & warna keemasannya turut dibawa pada dail yang bukan saja jarum & marker berwarna keemasan, malah dialnya juga mempunyai warna yang hampir sama.
Caseback jenis skru.
Bahagian belakang caseback tertera sedikit info mengenai jam itu. Mempunyai finishing perlage padanya.
Berbeza dengan model sebelum ini, movement jam ini mempunyai 18 jewels. Suatu kelebihan tambahan yang ada padanya ialah, ianya boleh hack.
Movement bertindak cemerlang & berfungsi dengan baik.
Rupa jam dengan pemasangan tali. Tali baru akan dipasang kepada pembeli.
Jenama: Zenith
Tahun: 1950-60an
Movement: Kunci. 18 jewels. Boleh hack.
Casing:
- Diameter: 34.4mm
- Lug: 17mm
Tali: Tali baru akan dipasang.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
Harga: - SOLD -
Thursday, July 8, 2010
Zenith subsecond winding
Zenith dengan casing keemasan ini menawarkan suatu yang berlainan dari model sebelumnya ini. Jam dengan subsecond suatu yang mengujakan.
Keadaan jam sangat cantik & warna keemasan itu masih berkilat & bersinar. Mempunyai diameter casing 35mm (tidak termasuk crown).
Dail hanya melengkung sedikit & mampunyai jarum minit yang melengkung sedikit di hujungnya. Mempunyai saiz lug 18mm.
Dail mengalami sedikit kesan penuaan & memberi karekter kepada jam ini. Jarum-jarum masih berkeadaan baik.
Crown original. Walaupun nipis tapi sangat mudah diputarkan.
Cermin akrilik.... seperti biasa cembung. Mempunyai ketebalan casing 9.7mm. Keadaan keseluruhan casing sangat memuaskan.
Caseback jenis skru. Mempunyai finishing perlage di bahagian belakangnya.
Movement jenis kunci berwarna keemasan dengan 17 jewels ini berfungsi dengan cukup baik & cemerlang.
Saja aku padankan dengan tali kulit. Nampaknya tali kulit coklat gelap nampak paling sesuai dengannya.
Jenama: Zenith
Tahun: 1950-60an
Movement: Kunci. 17 jewels.
Casing:
- Diameter: 35mm
- Lug: 18mm
Tali: Tali baru akan dipasang.
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
NEW OWNER: En. Faizul, Sentul
Zenith automatic High-Grade movement
Zenith.... suatu jenama luxury yang tidak asing kini. Harga model terkini mungkin tidak mampu untuk kita beli sekarang.... Jadi model lamalah pilihannya.
Jam dengan casing keemasan membuatkan jam tampak sangat cantik. Dial dengan corak sangat cantik dipandang dengan biasan cahaya...
Dail melengkung turut mempengaruhi jarum supaya turut melengkung juga. Bukan itu saja, cermin akrilik timbul itu turut melengkung juga. Ciri-ciri ini sangat sebati dengan jiwa jamvintage & jarang sekali atau tiada langsung pada jam baru kini.
Jam yang cantik ini mempunyai diameter casing 34mm (tidak termasuk crown) & mempunyai ketebalan 10.5mm.
Crown telah dikutar baru namun ia adalah milik Zenith... crown original Zenith.
Casing berkeadaan baik & mempunyai sedikit kesan penuaan.
Caseback jenis skru & tiada apa-apa paparan informasi pada caseback. Suatu yang biasa pada jam lama. Begitu juga Rolex.
Suatu yang mengujakan apabila melihat movementnya.... sangat cantik & bersih....
Ia merupakan movement high-grade dengan 30 jewels. Berkeadaan baik & cemerlang.
Tertera nombor PC 2532 di bawah balance wheel yang menunjukkan jenis movement & statusnya.
Jenama: Zenith
Tahun: 1970an
Movement: Automatik. 30 jewels (higt grade)
Casing: Diameter: 34mm (todak termasuk crown)
Tali: Kulit (terpakai)
Kondisi: Terpakai. Berkeadaan baik.
Harga: RM2200 (bdr) - SOLD -
Keterangan:
- Ini adalah jam kawan aku.
- Model yang rare & sukar didapati.
- Harga yang ditawarkan boleh runding (termasuk pos).
- SOLD -
Monday, July 5, 2010
Preview - Jam-jam yang bakal dilepaskan
Replika Panerai
Kedua-dua jam ni adalah replika Radiomir Panerai yang telah diberikan nafas baru. Kedua-duanya sedikit berbeza baik dari segi saiz, finishing, dial mahupun movement. Kedua-duanya telah ditukar tali kulit berkualiti tinggi bersama clasp yang juga berkualiti. Tali tersebut pun sudah RM140 setiap satu.
Zenith (ORIGINAL)
Subscribe to:
Posts (Atom)