Thursday, September 30, 2010

Kotak jam 5 slot


Kotak yang cantik ini mempunyai kapasiti untuk mengisi jam sebanyak 5 utas.



Bahagian atas mempunyai cermin yang membolehkan kita melihat kecantikan jam milik kita tanpa perlu membuka penutupnya. Jahitan benang putih di bahagian atas kemas & memberikan rupa yang cukup eksklusif. Saiz kotak 11cm x 28cm.




Penutupnya menggunakan sistem klip (push button) supaya tidak mudah terbuka & disertakan dengan kunci. Bahagian dalamannya cukup kemas & bergaya. Buatannya cukup kemas & fabrik lembut yang membaluti kesuluruhan bahagian dalamannya adalah seperti baldu. Lembut, kemas & cantik. Warna putih yang ditampilkannya itu akan menaikkan lagi rupa jam yang diletakkan di dalamnya serta menyedapkan mata memandang.




Kelebaran setiap bahagian adalah 48mm & cukup sesuai & muat untuk jam-jam bersaiz besar seperti jam diver. Cukup sesuai untuk meletakkan jam kesayangan kita & menyimpannya dengan baik.




Kedua-dua jam ini bersaiz besar & sesuai diletakkan dengan ruang dalaman begini. Setiap jam tidak akan bersentuhan, lalu akan mengelakkan dari tergesel sesama sendiri & mengakibatkan calar..... suatu prospek yang langsung tidak enak jika jam tercalar dalam penyimpanan.


Orient Multi Calendar


Ini adalah jam milik kawan aku.... Orient Multi Calendar. Keadaan jam masih memuaskan & berfungsi baik. Mempunyai saiz casing yang agak besar 42mm (tidak termasuk crown). Seperti namanya, ia mempunyai fungsi kalendar untuk 12 bulan yang boleh diubah mengikut tahun.




Didatangkan dengan bracelet original.




Caseback jenis skru & seperti kebiasaan Orient, ia juga mempunyai push-button tambahan di bahagian atas crown untuk pertukaran tarikh.

- SOLD -







Wednesday, September 29, 2010

Q&Q Leaf-Fit automatik


Jarang sekali untuk kita jumpa model Q&Q automatik. Disebabkan rata-rata kedai menjual model quartz & model automatik ini sukar didapati, tidak hairan jika ramai tidak mengetahui kewujudannya, malah seller kedai jam pun tidak tahu kewujudan model automatik Q&Q.

Jam Q&Q boleh dikatakan popular juga kerana mendapat sambutan yang menggalakkan. Mungkin kerana dek harganya yang sangat mampu milik, ianya menjadi pilihan mereka yang baru berjinak dengan memakai jam, dijadikan sebagai hadiah ataupun menjadi pilihan mereka yang inginkan jam yang tahan & setanding dengan harganya.

Mereka mempunyai banyak model dengan pelbagai complication. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Q&Q adalah syarikat dibawah Citizen.




Q&Q yang dipaparkan ini mempunyai persamaan dengan Rolex. Banyak jenama menawarkan bentuk seumpama Rolex ini. Keadaan jam ini sangatlah memuaskan & ia dijaga dengan cukup rapi.




Dial hitam sangat bersih & mempunyai dot lume di setiap marker. Q&Q? .... Biasa tengok..... Automatik?.... tak biasa bro.....




Casing stainless steel dengan polished finishing di sisi berkeadaan baik tanpa calar. Hampir macam jam baru hendaknya. Diameter casing ialah 36mm (tidak termasuk crown).




Caseback jenis skru memberikan sealed yang sempurna. Bracelet tak solid jenis jubilee memberikan pemakaian yang cukup selesa & sesuai dgn rupanya itu.




Ia dipacu dengan movement Miyota yang terbukti tahan & reliable. Miyota adalah sebahagian dari syarikat Citizen & mereka banyak menghasilkan banyak movement dengan pelbagai complication yang banyak digunakan oleh jenama-jenama lain.

Layari MIYOTA untuk maklumat lanjut tentang movement mereka. Lihat sahaja pelbagai jenis movement yang ada samada automatik ataupun quartz.




Movement mempunyai 21 jewels menawarkan kelebihan winding yang tidak dimiliki oleh Seiko & Orient. Movement bertindak dengan cukup cemerlang & sangat bersih.



Jenama: Q&Q
Model: Leaf-Fit
Tahun: Tidak pasti
Movement: Miyota
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Sangat Memuaskan. Masih macam baru.
HARGA: SOLD


NEW OWNER: En. Khairudin, Perlis.

Saturday, September 25, 2010

Seiko diver 7002



Seiko diver 7002 merupakan keluaran keluaran ke-4 siri diver Seiko selepas 630x-7040 (Turtle). Kelainan yang di bawanya langsung tak sama dengan menampilkan bentuk casing yang jauh berbeza dari cushion case seperti abangnya.... Turtle.




Namun DNA tidak lari dengan rupa bezel & jarum yang hampir sama. Penampilannya ini lebih nampak terkini seiring pada zaman keluarannya di tahun 1980an untuk menggantikan Turtle. Mengapa ia dipanggil 7002 & tidak nama lain? Mengapa bila disebut 7002, semua akan merujuk kepada model ini? Kerana hanya model ini saja yang menggunakan movement cal.7002 untuk siri diver mereka.




Keadaan cermin mineral sangat memuaskan. Jarum masih berkeadaan baik & keadaan bezel memuaskan & masih berkilat. Dial telah ditukar baru. Asalnya ia berwarna oren.




Keadaan casing sangat memuaskan seperti tidak di mamah usia.




Tali getah Seiko original dipasang padanya.



Keadaan caseback masih berkeadaan baik & logo lagenda tsunami adalah satu trademark diver Seiko.




Ia dikeluarkan pada tahun akhir keluarannya iaitu bulan Januari 1996.... kerana model 7002 hanya dikeluarkan pada tahun 1988.



Movement bertindak lancar kerana baru saja diservis. Modal keseluruhan untuk menaik taraf jam ini sehingga ke tahap ini sudah pun menjangkau dalam RM200.




Jenama: Seiko
Model: 7002-7000
Tahun: 1996
Movement: Cal. 7002
Tali: Getah original
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
HARGA: - SOLD -

Monday, September 20, 2010

Seiko TV (6119-5400)


Seiko TV diberi nama mungkin berdasarkan rupanya yang segi empat seperti TV.




Keadaan jam sangat cantik ditelah diberi peningkatan kosmetik & di sealed cermin bersama penukaran o-ring pada cermin & caseback.




Keadaan casing sangat memuaskan. Mempunyai diameter casing 37mm.



Keadaan dial masih baik. Jarum & marker hanya terdapat sedikit kesan penuaan. Penukaran tarikh hanya memerlukan crown ditekan ke dalam & penukaran hari pula memerlukan crowndiputarkan 24 jam.




Crown tersimpan rapi 'dalam' crown... memberikan suatu design yang sleek.




Rasanya bracelet jam ini masih original.




Dikeluarkan pada bulan Julai 1970 dengan keluaran yang ke 3760.




Movement 6119C 21 jewels berkeadaan baik & menepati waktu. Setakat ini ia berfungsi dengan cukup baik.



Jenama: Seiko
Model: 6119-5400
Tahun: 1970
Movement: Cal. 6119C
Tali: Bracelet.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
HARGA: SOLD


NEW OWNER: En. Rosyam, Selangor

Wednesday, September 15, 2010

Seiko 7005-7001 (Seiko hijau)


Seiko hijau diberi nama sempena warna dialnya yang juga hijau....




Keadaan jam sangat cantik & merupakan warna yang sukar dijumpai.



Keadaan dial bersih. Hanya sedikit kesan hilang tulisan & marker sekitar pukul 4 hingga 6. Warna dialnya menambahkan seri & menaikkan rupanya itu.




Keadaan casing sangat memuaskan. Mempunyai diameter 35mm (tidak termasuk crown). Cermin akrilik timbul & flat berkeadaan sangat baik.




Saiz crown sangat sesuai dengan saiz casingnya. Penentuan tarikh adalah quick set.




Caseback jenis snap-on. Sedikit kesan retak terdapat padanya. Lepas beli, baru perasan retakan tu. Tapi selama aku pakai jam ni, air tak pernah masuk pun. Untuk lebih meyakinkan, aku telah meletakkan akrilic cement di sepanjang retakan di bahagian dalam caseback.




Movement automatik 17 jewels bertindak cemerlang. Keadaannya juga bersih.

Review mengenai jam ini DI SINI



Jenama: Seiko
Model: 7005-7001
Tahun: 1974
Movement: Cal. 7005
Tali: Bracelet.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
HARGA: SOLD


NEW OWNER: EN. Chong, Selangor

Saturday, September 4, 2010

Alba Sport digital


Alba digital (NOS)
Sport digital

Model yang rare & sangat sukar didapati. Alba digital adalah model yang rare sepertimana bapanya Seiko.


NEW OWNER: Cikgu sukan, Putrajaya

Friday, September 3, 2010

Casio BP-120 Blood Pressure Monitor


Casio BP-120
Model kedua Blood Pressure Monitor dari Casio.
Model yang pernah direview suatu ketika dulu.


NEW OWNER: Sahabat seperjuangan, Cheras

Thursday, September 2, 2010

Preview....


Q&Q Leaf-Fit automatik
Super rare model. Kondisi sangat menuaskan.




Seiko diver 7002
Baru selesai servis & tukar dial aftermarket. Tali Seiko ori akan dipasang.




Titan Fastrack
Jenama dari India. Kondisi jam sangat memuaskan.