Sunday, November 21, 2010

Tudor Oysterdate

Tudor adalah jenama hasil ciptaan pengasas Rolex sendiri iaitu Hans Wilsdorf. Boleh dikatakan Tudor adalah adik kepada Rolex. Boleh lihat banyak DNA Rolex dalam jam-jam Tudor contohnya seperti jam ini. Tudor mula diasaskan pada tahun 1946 selepas 41 tahun Rolex mula dipasarkan. Lahirnya Tudor sebagai anak syarikat Rolex adalah untuk memberikan peluang kepada pecinta jam untuk memiliki jam berprestij dengan harga yang lebih kompetitif berbanding Rolex yang jauh lebih tinggi harganya. 


Sepertimana Rolex Oysterdate... Tudor Oysterdate mempunyai persamaan dengan abangnya itu. Jika diletakkan Rolex sebelahnya pun, sekali imbas kita akan nampak persamaannya & dari mana asalnya.


Keadaan jam ini sangat memuaskan & masih berkeadaan baik.


Dial berkeadaan baik & masih original tanpa sebarang touch up.


Ia bersaiz medium... boleh dibayangkan dengan adanya syiling 50 sen itu.


Selain casingnya yang dibuat oleh Rolexcrownnya sendiri juga memang terus dari Rolex.


 Menurut kawan aku, bracelet bukanlah original.


ORIGINAL OYSTER CASE BY ROLEX GENEVE...... tidak perlu diulas lagi... memang terang lagi jelas maksudnya.... hehe... Caseback tak dapat dibuka kerana tidak bawa pembuka khasnya. Movementnya adalah dari ETA.... Itu salah satu perkara besar yang membezakan Tudor dengan Rolex & itu jugalah yang membezakan harga kedua-duanya. 


Jenama: Tudor
Model: Oysterdate
Tahun: 1960an
Casing: Medium
Movement: Automatik.
Tali: Bracelet tak original
Kondisi: Terpakai

Monday, November 15, 2010

Oris Date Pointer winding

Oris Date Pointer merupakan model Oris yang cukup popular & sehingga kini masih diteruskan pengeluarannya. Model terbaru kini didatangkan dengan saiz yang lebih besar & dengan design yang berbeza dengan model lamanya ini.


Keadaan casing masih baik & keadaan cermin akriliknya juga masih baik.


Date pointer bermaksud, tarikhnya ditunjukkan & bukannya seperti kebiasaan jam yang mempunyai tingkap tarikh. Untuk jam ini, jarum dengan hujungnya berwarnya merah menampakkan ketegasan yang menunjukkan tarikhnya.


Jam ini adalah boy size & boleh dilihat dengan perbandingan ini.


Casebacknya adalah jenis skru.


Movement kunci cukup bersih & berfungsi dengan cukup baik.


Movement jewels ini mempunyai pemegang movement untuk mengekalkan kedudukannya di dalam casing. 


Jenama: Oris
Model: Date Pointer
Tahun: 1960an
Casing: Boy size
Movement: Kunci (winding). 7 jewels.
Tali: Kulit. 
Kondisi: Terpakai

Saturday, November 13, 2010

Oris Star Twen automatik

 Oris Star Twen menyinari blog Dunia Jam Pilihan kini. 


 Casing stainless steel jam ini masih mantap & berkeadaan sangat baik.


Dial original tanpa sentuhan ini masih berkeadaan baik. 


Crown adalah tidak original. Tertera 100% W-A.


 Saiznya agak besar apabila dibandingkan dengan syiling 50 sen. Sesuai untuk mereka yang sukakan jam bersaiz besar.


Keadaan keseluruhan jam masih baik & caseback jenis skru ini meyakinkan perlindungan movement di dalamnya. Tali akan dibekalkan kepada pembeli.


Buka saja caseback, terus menampakkan movement yang cukup bersih.


Movement dengan 23 jewels ini bergerak dengan cukup lancar & berfungsi dengan cukup baik.


Jenama: Oris
Model: Star Twen
Tahun: 1970an
Casing: Stainless steel
Movement: Automatik. 23 jewels.
Tali: Akan dibekalkan kepada pembeli.
Kondisi: Terpakai

Friday, November 5, 2010

Omega Constellation Chronometer

Constellation merupakan model Omega yang cukup lama. Jam ini berkeadaan original sepenuhnua. Masih berkeadaan sangat baik.


Keadaan dial memuaskan.


Keseluruhan casing masih baik tanpa kesan di mamah usia... begitulah ketahanan casing stainless steel.


Perbandingan saiz dengan syiling 50 sen.


 Caseback tidak dapat dibuka semasa perjumpaan dengan tuannya. Keadaannya sangat memuaskan.


 Pemakaiannya selesa. Crown bertanda logo Omega adalah original.


Bracelet dengan solid link ini adalah original, berkeadaan baik & selesa di tangan.


Jenama: Omega
Model: Constellation
Tahun: 1970an
Casing: Stainless steel
Movement: Automatik. Chronometer
Tali: Bracelet original.
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

Wednesday, November 3, 2010

Longines winding

Vintage menunjukkan suatu yang lama & Longines ni memenuhi tuntutan vintage tersebut. 



'Bermain' jam vintage tidak seperti bermain jam baru. Cara penjagaannya berbeza & perlu lebih penjagaan berbanding jam baru. Hanya mereka yang meminati faham akan kehendaknya. 



 Keadaan jam ini masih memuaskan jika dibandingkan dengan umurnya itu yang hampir 50 tahun. Cermin cembung akrilik berkeadaan baik. Keseluruhan jam adalah original kecuali talinya. Putaran crown lancar & mudah untuk dikendalikan.



Emblem Longines timbul & dial berkeadaan baik walaupun sudah dimamah usia. Detikan jarum sangat lancar tanpa sekatan... boleh leka sejenak memehatikan sususan langkah perjalanan masanya dengan jarum saat dengan rupa anak panah di hujungnya itu.



 Saiznya nampak sasa & sangat segak dipakai.



Caseback jenis snap on. Malangnya aku tak dapat buka untuk melihat jantungnya. Tuannya jamin movement kunci keseluruhannya adalah original...


Jenama: Longines
Tahun: 1960an
Casing: Gold plated
Movement: Kunci (winding)
Tali: Kulit. Bukan ori.
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

Jam ini adalah milik kawan aku... untuk maklumat lanjut & rundingan sila hubungi beliau.

Sila hubungi: 
En. Sanusi 012-5619666

Tuesday, November 2, 2010

Eterna Matic automatik

Eterna Matic yang ditampilkan ini mempunyai smooth rim bezel keemasan yang digarap dengan cukup baik bersama-sama casing stainless steel.



Keadaan memuaskan & keseluruhan bahagian adalah original (tidak termasuk tali). Dial terdapat sedikit kesan penuaan... barulah nampak vintage...



 Kesesuaian saiz boleh dibandingkan dengan syiling 50 sen itu...



Crown bertanda adalah original.



Caseback jenis skru apabila dibuka mendedahkan suatu movement yang cukup cantik & menawan. 


Bahagian dalam caseback diadun dengan finishing perlage. Cantik!



Movement berfungsi dengan cemerlang. Markah tinggi untuk jam ini terletak pada movementnya ini. Gerakan rotor cukup lancar & berputar dengan cukup laju.... memberikan bacaan masa yang baik untuk jam ini. 


Jenama: Eterna Matic
Tahun: 1970an
Casing: Stainless steel
Movement: Automatik.
Tali: Kulit. Bukan ori.
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

Jam ini adalah milik kawan aku... untuk maklumat lanjut & rundingan sila hubungi beliau.

Sila hubungi: 
En. Sanusi 012-5619666