Wednesday, December 29, 2010

Citizen Oxy - rare model

 Citizen Oxy merupakan model yang sudah tidak dikeluarkan lagi. Ia mempunyai beberapa variasi & model ini yang paling menonjol rupa militarynya.... 


 Casing stainless steel dengan sentuhan brushed finishing secara keseluruhan adalah kemas. Cermin mineral tebal & cembung berkeadaan sangat baik tanpa calar. Saiz casing 40mm (tidak termasuk crown).


 Jarang benar untuk kita jumpa dial camo begini. Betul-betul terserlah rupa askarnya... Aku sukakan jarum Mercedes yang dibuat begini.


Caseback jenis skru & di bahagian bawahnya pula diberi sentuhan polished finishing secara keseluruhan.



Jenama: Citizen
Model: Oxy Military
Casing:
  • Diameter: 40mm (tidak termasuk crown)
  • Stanless steel (brushed finishing)
Movement: Miyota 8200
Tali: military original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.




NEW OWNER: Cikgu Afiq, Johor

Thursday, December 23, 2010

Hamilton military MIL-W-46374D - US army issue

 Hamilton military merupakan model yang rare & sukar dijumpai... patah lagi dengan kondisi sebegini.


 Model khas ini merupakan jam yang di issue pada bulan Jun 1988 untuk kegunaan tentera US. 


 Casing jam stainless steel adalah blasted finishing masih berkeadaan baik. 
Mempunyai diameter casing 33mm (tidak termasuk crown). 


 Crown original tidak bertanda.


 Cermin akrilik jam ini sebenarnya telah ditukar baru. 


 Dial military sistem 24 jam adalah original tanpa sebarang modifikasi. Tertera lambang H3 & radioaktif pada dial. H3 melambangkan jam ini diissue untuk pasukan tertentu saja. Namun jarum dipercayai bukanlah miliknya.... jika tidak, sudah tentu harganya akan melonjak lebih tinggi.


 Caseback jenis skru memaparkan maklimat yang lengkap mengenai jam ini. Jelas... memang serius jam ini memang diissue untuk kegunaan tentera suatu ketika dulu.


 Movement winding yang digunakan sudah menjalani proses servis. 
Movement sangat bersih & bertindak sangat lancar. 


 Movement 17 jewels ini merupakan movement dari ETA2801-2. 
Movement yang sama turut digunakan oleh jam military dari jenama Benrus.


Jam ini ditawarkan bersama tali military baru & juga cermin asal (masih elok) sebagai spare.


Jenama: Hamilton
Model: Military MIL-W-46374D
Tahun: Jun 1988
Casing:
  • Diameter: 33mm (tidak termasuk crown)
  • Stanless steel (bleasted finishing)
Movement: ETA 2801-2. Kunci (winding). 17 jewels.
Tali: military Seiko
Kondisi: Terpakai




NEW OWNER: Mr. Loke Kok Yew, KL

Tuesday, December 21, 2010

Seiko 6138 Jumbo

 Jumbo mungkin nama yang diberi kerana saiznya yang besar. Ia merupakan suatu model yang sangatlah payah untuk dijumpai. Keadaan casing sangat memuaskan.


 Chronograph berfungsi dengan cukup baik & semua jarum akan kembali ke posisi asal apabila reset. Jarum saat sebenarnya bengkok sedikit. Tak berapa perasan sebenarnya. Tukaran tarikh jenis quick-set & ianya adalah Arab/English.


Cermin mineral cukup tebal & ada sedikit saja sumbing di bahagian atasnya. Tiada calar pada permukaannnya. Aku akan sertakan cermin baru sebagai spare. Bracelet akan dipasang namun aku rasa ianya bukanlah bracelet original. 

- SOLD -

Monday, December 20, 2010

Jeep Chronograph - RARE MODEL

 Jeep.... suatu jenama butik yg sangat jarang kita jumpa model jamnya. Keluaran syarikat Chrysler yang mengalami masalah kewangan yang sangat serius... Dari maklumat yang aku dapat.... keluaran jam Jeep telah pun dihentikan.


 Ia didatangkan dengan kotak kayu yang sangat menawan & kemas buatannya.


 Keadaan jam sangatlah memuaskan & dengan spec yang ada pada jam ni sekiranya ia berjenama Swiss sudah tentu harganya diantara RM5k walaupun ianya quartz.


 Mempunyai fungsi chronograph, casing titanum & cermin sapphire. Ia juga kalis air sehingga 100m.


 Bracelet stainless steel solid berkeadaan baik. Dalam pelbagai sudut jam tampak anggun & tampan.. menyerlahkan kegagahan si pemakainya.


 Designnya mengingatkan kita jenama Bell&RossBracelet boleh dibuka dengan membuka skru pada lug & mengenakan tali kulit. Rupanya sangat segak dengan tali kulit.


Jam ini juga menggunakan teknologi pencahayaan trigalight microtec-H3 yang berkeupayaan bercahaya secara sendiri tanpa perlu kepada pendedahan cahaya. Ia mempunyai half life sehingga 20 tahun. Bermaksud, dalam masa 20 tahun keterangan cahayanya adalah sekata & selepas itu keterangannya berkurangan kepada separuh.

- SOLD to En. Fawwaz, WP -

Saturday, December 18, 2010

Seiko 6139 Helmet

Beberapa jam dalam koleksi aku telah terjual melalui FB. Aku belum ada kesempatan lagi nak masukkan dalam blog. Alhamdulillah jam ini telah terjual. Beberapa lagi kawan sudah minta hold & booked.

- SOLD -

Wednesday, December 15, 2010

Universal Polerouter

Universal Polerouter adalah jam yang telah didesign oleh Gerard Genta. Boleh google siapa Gerand Genta & penciptaannya...


Keadaan jam ini memuaskan hati kecuali ring bezel yang patah. Warna keemasaannya masih baik & cantik.


Dial dengan kesan patina sangat memberikan rupa klasik padanya... Boleh tengok ring bezel yang patah itu pada kawasan crown. Namun ia masih utuh pada jam.


Perbandingan saiz jam untuk gambaran yang lebih jelas.


Menurut tuannya, keseluruhan jam ni masih original kecuali talinya saja.


Caseback jam ni jenis skru & masih baik.


Keistimewaan model Polerouter terletak pada movement rekaan Gerard Genta. Jam dengan movement mikrorotor bukanlah suatu yang mudah kita lihat. Movementnya bersih & berfungsi sangat baik. Ada beberapa jenis movement mikrorotor & movement ini adalah jenis high-grade dengan mempunyai micro-adjusment pada escapement berbanding adjustment yang hanya dengan menggerakkan stud. Movement ini memerlukan skru driver untuk adjust stud. Payah dapat movement ni!


Jenama: Universal
Model: Polerouter
Tahun: 1965
Movement: Automatik.
Tali: kulit tak original
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -



NEW OWNER: Ust. Wafee