Friday, November 25, 2011

Omega Constellation Chronometer

Ini adalah suatu Omega Constellation yang istimewa. Ianya cantik & saiznya juga adalah besar. Keseluruhan jam ini menampailkan rupanya menawan. 


Dial original & jarum berkeadaan asal tanpa sebarang sentuhan. Cermin berkeadaan baik & adalah jenis mineral.


Dial patina menambahkan seri ia sebagai jam vintage. Dial berwarna silver dengan brushed finished berkeadaan baik dengan tompokan patina itu. Suatu yang istimewa, movementnya mendapat pengiktirafan chronometer oleh COSC.


 Crown original berlogo Omega. Casing berkeadaan masih baik tanpa calar yang ketara. Jarang untuk jam lama berkeadaan sebegini baik.


Lupa nak periksa dengan caliper diameter casing. Dianggarkan lebih kurang 40mm.


 Caseback dikunci dengan 4 skru di setiap penjuru. Movement tak dibuka kerana tiada alat yang aku bawa namun dijamin original oleh tuannya. Timing ok.


Istimewanya lagi ialah pada braceletnya yang juga original. Cantik! Jarang jumpa design bracelet begini.


Pemakaian jam ini sungguh selesa. Sesuai digayakan di mana-mana majlis ataupun ke tempat kerja.


Bracelet jenis solid & hanya beberapa link saja yang mempunyai pin. Perlu menggunakan skru driver untuk membukanya kerana link diikat dengan skru.




Jenama: Omega
Model: Constellation
Tahun: 1970an
Movement: Automatik. Chronometer certified.
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai


Saturday, November 19, 2011

Bracelet Seiko diver

Bracelet ini sesuai untuk Seiko diver yang bersaiz lug 22mm. Sesuai digunakan untuk SKX007, 7002 atau yang serupa dengannya.


Ianya adalah bracelet baru & tidak pernah digunakan.


Ia adalah bracelet aftermarket Seiko jenis tak solid. 


Untuk model: SKX007, 7002 atau yang serupa.
Saiz lug: 22mm.
Kondisi: Baru. Tidak pernah digunakan.
Harga: RM80 nett termasuk pos. - SOLD -


NEW OWNER: Mohammad Faiz, Putrajaya

Monday, November 14, 2011

Levi's Copper LTD1001

Levi's.... suatu jenama yang tidak asing lagi di dunia. Jenama yang kuat dengan produk jeans ini juga turut mengeluarkan produk-produk lain. Salah satu contoh produk lain ialah jam tangan.


Jenama fesyen/butik yang mengeluarkan produk jam tangan merupakan senario biasa dalam pasaran jam. Jam tangan yang mereka hasilkan seiring dengan DNA sesuatu jenama itu & contoh terbaik ialah jam Levi's ini yang menampilkan rupa yang seakan produk jeans mereka.


Ia merupakan suatu jam yang cantik & cukup kemas buatannya. Bentuk casing yang agak radikal ini menampilkan rupa & binaan seperti seluar jeans mereka.


Buatannya berkualiti tinggi. Menggunakan stainless steel yang solid. Ianya mempunyai sentuhan brush finished di keseluruhan casing. Pemakaiannya cukup selesa jika dibandingkan rupanya yang besar itu.


Ia mempunyai 2 crown di mana hanya satu sahaya yang bertanda.


Dalam banyak sudut, memberikan rupa yang cantik & unik.


Penampilannya tampak lebih unik dengan paparan 2 penunjuk waktu. Bermaksud ia menggunakan 2 movement yang berlainan dimana kedua-duanya adalah dari Miyota.


Tiada jarum saat padanya. Jarumnya mempunyai luminous di bahagian yang berwarna putih itu.


Pada penunjuk waktu ini. Ianya berlainan sedikit dengan penampilan jarum jam & minit berwarna hitam seakan-akan tidak kelihatan serta ia juga mempunyai jarum saat yang berwarna merah.


Seperti kain jeans mereka yang berkualiti tinggi, tali kulitnya juga sangat berkualiti tinggi. Ianya tebal & buatannya berkualiti & cukup kemas.


Caseback di kunci dengan 5 skru di setiap penjuru. Copper merupakan siri jam ini & merupakan model yang agak sukar dijumpai dari mana-mana model lain. Jangan tertipu kerana Levi's juga mempunyai rangkaian produk tiruan yang cukup banyak & jam ini tidak terkecuali. Namun jam ini dijamin original & disertakan bersama kotak jeans yang original.




Jenama: Levi's
Model: Copper
Movement: Miyota quartz.
Tali: kulit original.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -

NEW OWNER: En. Mohd Muzi, Rawang



Sunday, November 13, 2011

Seiko Diamatic 6119-9410


Seiko Diamatic mempunyai kesamaan dengan Omega Dynamic. Ada beberapa jenama lagi yang mempunyai persamaan dengan Omega itu termasuklah Titoni.


Keadaan jam sangat cantik & mulus. Cermin akrilik cembung berkeadaan baik. Diameter casing ialah 38mm.


Dial brown sangat bersih. Hour marker ditandakan pada chapter ring. Warnanya itu serasi dengan casing & tambah harmoni dengan warna brown dial yang tampak cantik apabila berada di tangan.


Jarum berkeadaan baik. Sepanjang berada dalam koleksi, aku belum pernah menyentuh dial. Dial mempunyai satu titik warna merah.


Keadaan casing sangat baik. Mempunyai sentuhan polish finished secara keseluruhan. Bentuk casing sisi yang 'menaik' itu menyumbangkan kepada keselesaan ketika memakainya & merupakan antara jam paling selesa pernah aku pakai.


Seiko bijak dalam 'menyembunyikan' crown di dalam casing. Ia menghasilkan rupa yang unik.


Caseback tidak boleh dibuka. Untuk melihat movement, cermin perlu dibuka. Aku tiada alat untuk membuka cermin, jadi tak dapat nak tunjuk movementnya. 


Bracelet original. Saiz maksimum tangan yang boleh memakainya ialah ukur lilit 6.5 inci.



Jenama: Seiko
Model: Diamatic
Tahun: Disember 1970 
Movement: 6119. Automatik
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -




NEW OWNER: En. Mohd Suhaimi, Perak


Casio Trisport Gauge TRI-20W

Casio Trisport Gauge merupakan model lama Casio yang sudah dihentikan pengeluarannya.


 Mempunyai 4 button yang boleh digunakan & ke semua MODE berfungsi dengan baik.


Keadaan casing sangat memuaskan hati. Ia didatangkan dengan tali aftermarket baru.


TRI-20W merupakan model kedua dalam keluarga Trisport. Nombor 793 dalam kotak segiempat itu menunjukkan MODULE yang digunakan jam ini. Ia didatangkan dengan kotak & manual.


Jenama: Casio
Model: Trisport Gauge TRI-20W
Module: 793
Tali: aftermarket baru.
Kondisi: Terpakai. Seperti baru keadaannya.
Harga: - SOLD -



NEW OWNER: Sahabat Jam