Monday, January 30, 2012

Citizen 8110 chronograph Mickey Mouse

Model Citizen yang popular & tak perlu diperkenalkan lagi....


 ... ada yang memanggilnya Bullhead, ada juga yang memanggilnya Mickey Mouse. Rasanya lebih sesuai dgn nama Mickey Mouse kerana saiznya yang lebih kecil cari kebanyakan jam 'Bullhead' lain. Namun jika disebut Bullhead juga tidak salah. Keadaan jam ini sangat baik kondisinya.


Dial original. Jarum saat & subdial telah diletakkan bahan luminous padanya.


Bezel hitam berkeadaan baik. Cermin mineral tidak mempunyai calar.


Casing berdiameter 38mm berkeadaan saat baik & memuaskan.


Crown original berlogo CTZ (Citizen) & push button juga adalah orininal. Ianya berkeadaan baik.


Tali kulit dengan deployant clasp dipasangkan padanya. Berkeadaan baik & mencantikkan lagi rupa jam ini.


Caseback berkeadaan baik.


Movement chronograph 8110A ini berfungsi dengan baik. Seperkara yang menarik ianya boleh dikunci (wind). Namun tiada mekanisme hacking. Kesemua jarum dapat reset kembali ke 0 dengan tepat.


Jenama: Citizen
Model: Mickey Mouse aka Bullhead
Tahun: 1970an
Casing: Diameter 38mm
Movement: 8110A. Automatik (boleh kunci. Tidak hack)
Tali: tali kulit
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -




Candino Supersport winding

Suatu jam yg cantik. Digabungkan pula dengan tali kulit kemerahan, membuatkan jam tampak sangat cantik untuk ditatap. 


Dial krim dua tona dengan gabungan marker & jarum keemasan digarapkan dalam design casing tradisi menjadikannya suatu koleksi jam vintage yang mantap.


 Keadaan casing sangat baik & memuaskan hati. Diameter casing ialah 34mm (tidak termasuk crown).


 Candino merupakan suatu jenama Swiss yang bermula pada tahun 1947. Sehingga kini jenama ini masih wujud. Cuma jarang kita jumpai di pasaran kita.

Ini merupakan laman rasmi mereka:


Dial berpatina seiring dengan umurnya yang dipercayai dikeluarkan pada tahun 1960an. Keadaan marker masih baik & jatum mempunyai sedikit kesan pengoksidaan.


 Crown besar memudahkan putaran dilakukan.


Suatu yang unik pada jam ini ialah tuannya yang sukakan melihat movement telah memasang cermin akrilik pada caseback menggantikan penutup caseback stainless steel (gambar bawah). Penutup caseback akan disertakan kepada pembeli.


Beginilah keadaan rupa belakangnya...


Ia menawarkan movement yang cantik & sangat bersih. 


Timing ok & berfungsi sangat mantap. Perhartikan swan neck regulator pada escapementnya... Jarang dijumpai swan neck regulator ini pada kebanyakan jam Swiss. 




Jenama: Candino
Model: Supersport
Tahun: 1960an
Casing: Diameter 34mm
Movement: Kunci (winding)
Tali: tali kulit
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -