Monday, August 31, 2009

Sandoz winding


Dipercayai dilahirkan tahun 1960an.


Kesan penuaan pada dail boleh dilihat. Crown unsign original.


Luminous marker pada jarum jam sudah tiada. Hanya terdapat pada jarum minit. Tarikh berfungsi dengan baik. Kena putar crown banyak kali sampai bertukar tarikh. Untuk jam lama, kalau ada luminous marker pun ia takkan bertahan lama. Mungkin hanya bertahan beberapa minit ataupun hanya beberapa saat. Diameter casing 29mm (boy size) & lug 16m.


Casing & caseback stainless steel. Caseback jenis skru.


Corak finishing bahagian dalam caseback cantik & menarik.


Enjin original baru saja diservis. Sangat bersih & lancar. Best tengok enjin dia.


Rupa jam dengan tali kulit baru.


Jenama: Sandoz
Buatan: Swiss
Tahun: 1960an
Casing: Stainless steel. Diameter 29mm (boy size). Lug 16mm
Movement: Kunci (winding). 17 jewels. Sudah diservis.
Tali: Kulit baru. Dah ditukar baru.


Keterangan:
  • Jam ni selesai diservis pada 29/5/2009 tapi aku ambil kat kedai 19/7/2009. Resit aku masih simpan & akan disertakan bersama kepada pembeli untuk simpanan. Kesemua ni dah menelan belanja sebanyak RM89.
  • Kunci jam sebanyak 8x pusingan crown membolehkan jam bergerak selama +16 jam. Sebelum servis, power reserve cuma bertahan dalam 12 jam saja kalau tak salah.
  • Tali jam ni aku dah tukar baru sebenarnya. Tali kulit ala-ala kulit buaya. Pin lug dah ditukar baru.
  • Harga tetap termasuk pos. Cukup murah & berbaloi sebab jam aku dah servis.

Sunday, August 23, 2009

Norexa Chronograph Winding - VERY RARE


Cantik....


Cantik walau dipandang dari sudut mana sekali pun.



Finishing bahagian dalam caseback cukup menarik & cantik. Dibuat pakai tangan tu.



Movement sangat complicated & kagum aku masa mula-mula tengok enjinnya. Sangat bersih & cantik. Tak sangka jam tua camni, punyai enjin complicated camni.


Jenama: Norexa
Buatan: Swiss
Tahun: 1948
Movement: Kunci (winding). 17 jewels. Jam bergerak tapi perlu servis
Tali: Kulit (bukan original)


Keterangan:
  • Ini adalah jam yang paling tua setakat ni yang ada dalam blog aku. Aku pun tgerkejut bila dengar umurnya begitu tua pasal jam nampak sangat cantik. Awet muda. Ekekeke...
  • Jam ni SANGAT RARE & sangatlah susah nak jumpa jam tua sebegini elok. Chronograph masih berfungsi (lagi tak ku sangka)
  • Menurut tuannya, walaupun jam berfungsi dengan elok, jam perlu disevis untuk jadikannya lebih elok & cantik. Sila hubungi tuannya.

NEW OWNER: En Faris, KL

Seiko 6139-7002 Chronograph

Menurut tuannya, jam ni sangat tahan lasak. Beli & pakai saja. Masa tak pernah lari.


Keadaan keseluruhan jam masih original.




Jenama: Seiko
Model: 6139-7002
Buatan: Jepun
Tahun: 1970an
Movement: Automatik dengan fungsi chronograph. 17 jewels.
Tali: Bracelet



NEW OWNER: Mohd Faizal Ismail, Kelantan

Citizen Mickey Mouse/Bull Head - RARE

Chronograph masih berfungsi dengan baik.




Jenama: Citizen
Model: Mickey Mouse (juga dikenali sebagai Bull Head)
Buatan: Jepun
Tahun: 1970an
Movement: Automatik & kunci. 23 jewels dengan fungsi chronograph.
Casing: Bersadur emas
Tali: Kulit


NEW OWNER: Melvin Tang
Tracking no: EN227404976 MY

Thursday, August 6, 2009

Helbros Day Date automatik


Jam ni aku dah buat sedikit pembaharuan. Ring pada dail yang patah tu aku dah keluarkan. Nampak lebih cantik tanpa ring tu. Dail aku bersihkan sedikit, polish & pin lug aku tukar baru.


Ring sekeliling dail ada bahagian yang patah & ring tu longgar & akan terpusing ketika bergerak. Disebabkan kecacatan ni, jam nampak tak cantek & tak bertenaga. Jadi, aku cuba buang ring tu. Tapi lepas buang, jam nampak lebih cantik tanpanya. Aku kurangkan harga lagi disebabkan kurang satu part pada jam ni


Rupa jam dari jarak jauh

Keadaan jam tanpa ring nampak lebih cantik & lebih bersih.


Aku dah cuci sedikit dail. Nampak bersih sedikit.


Casing berkilat akibat tindakan aku polish. Berkilauan hendaknya.




Stainless steel caseback jenis screw. Aku turut polish caseback jam ni


Engraving Helbros pada bahagian dalam dail.



Movement automatik (boleh juga kunci) original.


Tulisan Germany pada dail terdapat pada pukul 6. Bila casing dipasang, tak nampak perkataan ni.


Jenama: Helbros
Buatan: Germany
Casing: Diameter 33mm (tidak termasuk crown)
Cermin: Akrilik (dome shape)
Movement: Automatik (boleh kunci). 17 jewels. Keep time.
Saiz lug: 17mm (tapi pakai tali 18mm)
Tali: Kulit baru


NEW OWNER: En. Simon Guok, PJ, KL


Tuesday, August 4, 2009

Benrus Stars automatik


Jam ni aku dah polish sedikit. Pin lug aku dah tukar baru


Dail original dengan kesan bintik-bintik menunjukkan kesan penuaan.


Crown unsign original. Putaran crown agak ketat sedikit berbanding jam lain. Aku tak pernah cuba jam Benrus lain. Mungkin memang macam ni sebab gerakan jarum smooth & lancar ja. Saja bagitau, nanti terkejut pula bila tuan baru dapat jam ni.



Diameter casing 33mm (tidak termasuk crown) dengan saduran emas (20 mikron emas). Kesan calar pada casing adalah perkara biasa pada jam lama camni. Cermin akrilik berbentuk dome. Terdapat kesan sagat pada cermin namun aku dah polish sampai licin (lenguh tangan aku dibuatnya...).


Caseback jenis cap


Movement automatik & kunci dengan 17 jewels. Pergerakan lancar & keep time. Enjin nampak padat & bersih. Aku suka tengok enjin jam ni. Best.


Jenama: Benrus
Tahun keluaran: Tak pasti
Buatan: Amerika
Movement: Automatik & kunci (17 jewels)
Tali: Kulit bukan original (baru)


NEW OWNER: En. Simon Gouk, PJ, KL