Tuesday, August 4, 2009

Benrus Stars automatik


Jam ni aku dah polish sedikit. Pin lug aku dah tukar baru


Dail original dengan kesan bintik-bintik menunjukkan kesan penuaan.


Crown unsign original. Putaran crown agak ketat sedikit berbanding jam lain. Aku tak pernah cuba jam Benrus lain. Mungkin memang macam ni sebab gerakan jarum smooth & lancar ja. Saja bagitau, nanti terkejut pula bila tuan baru dapat jam ni.



Diameter casing 33mm (tidak termasuk crown) dengan saduran emas (20 mikron emas). Kesan calar pada casing adalah perkara biasa pada jam lama camni. Cermin akrilik berbentuk dome. Terdapat kesan sagat pada cermin namun aku dah polish sampai licin (lenguh tangan aku dibuatnya...).


Caseback jenis cap


Movement automatik & kunci dengan 17 jewels. Pergerakan lancar & keep time. Enjin nampak padat & bersih. Aku suka tengok enjin jam ni. Best.


Jenama: Benrus
Tahun keluaran: Tak pasti
Buatan: Amerika
Movement: Automatik & kunci (17 jewels)
Tali: Kulit bukan original (baru)


NEW OWNER: En. Simon Gouk, PJ, KL