Sunday, November 22, 2009

Enicar Automatik

Enicar merupakan suatu jenama mewah pada masa sekarang. Syarikat yang ditubuhkan sejak 1854 ini masih utuh sehingga kini.


Keseluruhan masih original kecuali tali kuit.


Casing stainless steel berdiameter 34mm (tidak termasuk crown) mempunyai cermin akrilik yang masih original.


Keadaan casing masih memuaskan tanpa kesan calar yang serius. Jam ni memang di jaga elok.


Dail bersih dengan marker timbul yang ringkas beserta jarum yang halus memberikan rasa klasik kepada jam ni.


Crown sign dengan logo Enicar yang embosed.


Caseback jenis skru ni agak unik & memerlukan pembuka khas untuk membukanya. Tulisan pada belakang tidak begitu kelihatan. Masih nampak sebenarnya kalau tengok betul-betul. Rasa macam jam diver pula tengok gambar ikan pada caseback tu.


Caseback mempunyai engraving nama syarikat padanya. O-ring masih berkeadaan elok.


Enjin bersih & berfungsi dengan cukup baik.


Mempunyai 25 jewels, ia bertindak cemerlang menepati waktu.


Jenama: Enicar
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti.
Casing: Stainless steel. 34mm (tidak termasuk crown)
Movement: Automatik (boleh kunci). 25 jewels. Menepati masa
Tali: Kulit baru (bukan original)


Keterangan:
  • Keseluruhan jam sangat sempurna & original. Jam buatan Swiss yang elok camni sukar didapati sekarang.

NEW OWNER: En. Hassan Bahri (DETIKDUABELAS), PJ, KL






Mido Commander Datoday

Mido Commander yang sangat popular.


Keadaan casing masih berkeadaan sempurna. Cermin akrilik masih original.


Casing stainless steel mempunyai diameter casing 36mm dengan crown yang terimpan 'di dalam' casing.... nampak selari dengan casing. Bentuk yang bulat ni masih kekal sehingga kini.


Keseluruhan jam sangat kurang calarannya.


Mempunyai penunjuk hari/tarikh di pukul 3 sesuai dengan namanya itu Datoday. Dail bersih dengan marker timbul seperti berlian di dalamnya.


Crown tertulis nama Mido padanya.


Bracelet solid & sangatlah selesa di tangan. Model Datoday masih dikeluarkan sehingga kini & dijual dengan harga RM2k+.


Caseback tidak boleh buka ini memberikan rasa selesa di tangan. Nak buka enjin, kena buka dari cermin. Movement boleh juga kunci. Tapi masa jam ni agak laju dari sepatutnya. Teruji laju dekat 15 minit dalam masa 12 jam. Kena servis dahulu baru cantek.


Jenama: Mido
Model: Commander Datoday
Buatan: Swiss
Casing: Stainless steel. Diameter 36mm.
Bracelet: Solid original
Movement: Automatik (boleh kunci). Perlu diservis dahulu.


Keterangan:
  • Keadaan jam secara keseluruhan sangat cantik.
  • Enjin perlu diservis dahulu sebab masa gak laju. Laju dekat 15 minit dalam 12 jam.

NEW OWNER: En. Haizal, Kuala Nerang, Kedah