Sunday, November 22, 2009

Enicar Automatik

Enicar merupakan suatu jenama mewah pada masa sekarang. Syarikat yang ditubuhkan sejak 1854 ini masih utuh sehingga kini.


Keseluruhan masih original kecuali tali kuit.


Casing stainless steel berdiameter 34mm (tidak termasuk crown) mempunyai cermin akrilik yang masih original.


Keadaan casing masih memuaskan tanpa kesan calar yang serius. Jam ni memang di jaga elok.


Dail bersih dengan marker timbul yang ringkas beserta jarum yang halus memberikan rasa klasik kepada jam ni.


Crown sign dengan logo Enicar yang embosed.


Caseback jenis skru ni agak unik & memerlukan pembuka khas untuk membukanya. Tulisan pada belakang tidak begitu kelihatan. Masih nampak sebenarnya kalau tengok betul-betul. Rasa macam jam diver pula tengok gambar ikan pada caseback tu.


Caseback mempunyai engraving nama syarikat padanya. O-ring masih berkeadaan elok.


Enjin bersih & berfungsi dengan cukup baik.


Mempunyai 25 jewels, ia bertindak cemerlang menepati waktu.


Jenama: Enicar
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti.
Casing: Stainless steel. 34mm (tidak termasuk crown)
Movement: Automatik (boleh kunci). 25 jewels. Menepati masa
Tali: Kulit baru (bukan original)


Keterangan:
  • Keseluruhan jam sangat sempurna & original. Jam buatan Swiss yang elok camni sukar didapati sekarang.

NEW OWNER: En. Hassan Bahri (DETIKDUABELAS), PJ, KL