Monday, June 28, 2010

Seiko Turtle 6309-7040 - semua komponen original

Dalam banyak-banyak Seiko diver ini, ada satu untuk dijual.... Tengok tajuk pasti semua dah tau yang mana satu. Ke semuanya memiliki kecantikan yang tersendiri. Masing-masing menunjukkan kegagahannya... namun yang lain tu tidak akan ada jika tiada bapak, tokwan mereka.... Seiko Turtle.



Gandingan yang membawa tuah ini memberi seribu makna kepada tuannya. Rasa hormat Marinemaster kepada Turtle sangat tinggi walaupun ia lebih gagah dari datuknya.


Suatu yang istimewa pada Turtle ini ialah.... ke semua komponen original (kecuali tali) & bukannya aftermarket. Agak sukar untuk mendapatkan Turtle dalam kondisi begini sekarang. Kalau tengok dalam eBay pun hampir semuanya telah direfurbished.


Perhimpunan sebegini agak jarang berlaku. Terdapat 2 Turtle di sini. Yang di sebelah kanan tu telah ditukar cermin cembung. Yang nak dilepaskan tu.... anak panah merah... Kondisi sangat memuaskan & berfungsi dengan cukup baik.


Jam ini merupakan antara koleksi kesayangan tuannya. Tapi terpaksa dilepaskan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jam ini sangat selesa di tangan & merupakan jam yang collectibe untuk dimiliki.


Jenama: Seiko
Model: 6309-7040 (Turtle)
Tahun: 1981 (kalau tak silap)
Movement: Automatik. Berfungsi baik
Tali: Getah dengan deployment clasp (bukan ori)
Kondisi: Terpakai. Memuaskan


Keterangan:
  • Keadaan jam adalah seperti yang dinyatakan di atas.
  • Ke semua bahagian adalah original kecuali tali getah.
  • Harga TETAP termasuk penghantaran. Harga dah murah sebab orang jual jam ni dengan keadaan original RM1k++...

NEW OWNER: Dr. N, KL

Monday, June 7, 2010

Suako winding NOS

Menurut taukeh kedai jam yang telah berusia 70+tahun, Suako merupakan jenama Jepun. Beliau adalah tukang jam paling tua di Perlis. Jam ini telah berada di kedainya sejak 30 tahun yang lalu & hanya berada dalam display. Menurutnya jam ini sebenarnya berusia lebih dari itu kerana di kedainya saja pun sudah 30 tahun...



Jam adalah jam baru stok lama (NOS) & sudah berada dalam kategori antik. Jenama yang pertama kali aku dengar ini dipertontonkan & dijual dengan harga yang cukup murah. Sangat sesuai untuk mereka yang nak berjinak-jinak dengan alam jam antik.

Keadaan casing sangat memuaskan & saduran emas di atasnya sudah 'turun'/luntur. Namun keseluruhan casing sangat memuaskan melainkan warna emasnya sahaja. Casing berdiameter 37.4mm & saiz lug 18mm.



Dail & jarum sudah mengalami penuaan. Dah lebih 30 tahun bang.... Dail dengan warna hijau mempunyai kontra yang jelas dengan warna emas marker & jarumnya. Suatu kombinasi yang cantik untuk jam klasik. Tarikh berfungsi baik. Penentuan tarikh bukan non-quick set mahupunquick set. Jarum perlu diputarkan 24 jam untuk menukarkan tarikhnya.... not so non-quick set.

Tertera Swiss movement di bawah dail... kita lihat movementnya nanti...



Seperkara yang menarik perhatian pada jam ini juga terletak kepada cerminnya. Cermin akrilik yang timbul itu mempunyai bahagian seperti kanta di bahagian tengah. Bahagian atas flat, tapi dibuat seperti kanta di bahagian dalam.... Hasilnya cukup menarik perhatian & unik.


Keadaan casing keseluruhan sangat memuaskan. Cermin timbul sedikit dari casing.


Caseback jenis skru. Tertera antimagnetik padanya.



Walaupun sudah berusia lebih 30 tahun. Keadaan movement sangat cantik tanpa kesan penuaan. Maklumlah jam masih baru walaupun dah berusia...



Movement menggunakan komponen dari Swiss. Movement bejalan & boleh dikunci dengan sangat lancar & menentukan waktu dengan baik. Ia mampunyai power reserve lebih 40 jam. Cukup baik untuk movement ini.



Jenama: Suako
Tahun: Tidak pasti. Tapi jam sudah lebih 30 tahun.
Casing: Base metal.
  • Diameter: 37.4mm (tidak termasuk crown)
  • Lug: 18mm
Movement: Kunci. 1 jewel.
Tali: Getah baru (bukan original).
Kondisi: NEW OLD STOCK
Harga: -SOLD-



Keterangan:
  • Jam baru stok lama (NOS) sudah lebih 30 tahun ini masih berkeadaan baik & sangat sukar dijumpai sekarang.
  • Harga yang ditawarkan cukup murah untuk jam NOS.
  • Tiada maklumat lanjut tentang sejarah jenama ini yang aku dapat samada dari taukeh mahupun internet.
  • Dijual seadanya.
  • Harga termasuk kos penghantaran.


NEW OWNER: En. Nasir, Perlis

Friday, June 4, 2010

Suako.... mesti ramai yang tak tahu kewujudan jenama ni.....

Jam aku jumpa di satu kedai di Kangar.... Jam NOS tak pernah digunakan. Tersadai di kedai 30 tahun... usianya sudah pasti lebih 30 tahun. Masih berfungsi & bertindak dengan sangat camerlang.

Nantikan episod seterusnya....