Monday, June 7, 2010

Suako winding NOS

Menurut taukeh kedai jam yang telah berusia 70+tahun, Suako merupakan jenama Jepun. Beliau adalah tukang jam paling tua di Perlis. Jam ini telah berada di kedainya sejak 30 tahun yang lalu & hanya berada dalam display. Menurutnya jam ini sebenarnya berusia lebih dari itu kerana di kedainya saja pun sudah 30 tahun...



Jam adalah jam baru stok lama (NOS) & sudah berada dalam kategori antik. Jenama yang pertama kali aku dengar ini dipertontonkan & dijual dengan harga yang cukup murah. Sangat sesuai untuk mereka yang nak berjinak-jinak dengan alam jam antik.

Keadaan casing sangat memuaskan & saduran emas di atasnya sudah 'turun'/luntur. Namun keseluruhan casing sangat memuaskan melainkan warna emasnya sahaja. Casing berdiameter 37.4mm & saiz lug 18mm.



Dail & jarum sudah mengalami penuaan. Dah lebih 30 tahun bang.... Dail dengan warna hijau mempunyai kontra yang jelas dengan warna emas marker & jarumnya. Suatu kombinasi yang cantik untuk jam klasik. Tarikh berfungsi baik. Penentuan tarikh bukan non-quick set mahupunquick set. Jarum perlu diputarkan 24 jam untuk menukarkan tarikhnya.... not so non-quick set.

Tertera Swiss movement di bawah dail... kita lihat movementnya nanti...



Seperkara yang menarik perhatian pada jam ini juga terletak kepada cerminnya. Cermin akrilik yang timbul itu mempunyai bahagian seperti kanta di bahagian tengah. Bahagian atas flat, tapi dibuat seperti kanta di bahagian dalam.... Hasilnya cukup menarik perhatian & unik.


Keadaan casing keseluruhan sangat memuaskan. Cermin timbul sedikit dari casing.


Caseback jenis skru. Tertera antimagnetik padanya.



Walaupun sudah berusia lebih 30 tahun. Keadaan movement sangat cantik tanpa kesan penuaan. Maklumlah jam masih baru walaupun dah berusia...



Movement menggunakan komponen dari Swiss. Movement bejalan & boleh dikunci dengan sangat lancar & menentukan waktu dengan baik. Ia mampunyai power reserve lebih 40 jam. Cukup baik untuk movement ini.



Jenama: Suako
Tahun: Tidak pasti. Tapi jam sudah lebih 30 tahun.
Casing: Base metal.
  • Diameter: 37.4mm (tidak termasuk crown)
  • Lug: 18mm
Movement: Kunci. 1 jewel.
Tali: Getah baru (bukan original).
Kondisi: NEW OLD STOCK
Harga: -SOLD-



Keterangan:
  • Jam baru stok lama (NOS) sudah lebih 30 tahun ini masih berkeadaan baik & sangat sukar dijumpai sekarang.
  • Harga yang ditawarkan cukup murah untuk jam NOS.
  • Tiada maklumat lanjut tentang sejarah jenama ini yang aku dapat samada dari taukeh mahupun internet.
  • Dijual seadanya.
  • Harga termasuk kos penghantaran.


NEW OWNER: En. Nasir, Perlis