NEW OWNER: En. Hamadi, Selangor
Tuesday, August 31, 2010
Casio Gauge-it
Ia adalah model Casio dengan kebolehan memantau masa perlawanan bola sepak. Dial kanan bertindak seperti meter. Ia akan bergerak menunjuk mode di bawahnya. Gerakannya sangat menarik perhatian.
Seiko Turtle 6309-7040
Monday, August 30, 2010
Casio Phone Dialer
Sunday, August 29, 2010
Saturday, August 28, 2010
Casio G-shock G-7210RB
Design G-shock yang agak klasik ini sering dilihat kini.
Casio G-shock G-7210RB menggunakan teknologi solar dalam menjana tenaga kepadanya.
Casing getahnya masih baik, cuma terkesan dengan kesan calar sahaja. Jika ditukar 'badan' baru, jam akan kelihatan seperti baru. Tali jam aftermarket telah ditukar baru.
Mempunyai 4 mode utama STOPWATCH, TIMER, ALARM, DUAL TIME. Ke semua mode berfungsi dengan baik cuma lampu illuminator tak berfungsi. Disyaki cuma ada masalah pada button sahaja. Aku dah buka & dapati sensor button tak bersentuhan.
NEW OWNER: En Nazri, Cheras
Seiko 5 6119-8273
Siri Seiko 5 mempunyai pelbagai model. Salah satunya ialah model ini 6119-8273.
Mempunyai badan yang tegap. Diameter casing 39mm. Crown tidak kelihatan dari pandangan atas.
Cermin mineral tebal mempunyai calar halus padanya. Kelebihan cermin ini adalah pada ketebalannya itu. Sangat tahan & sukar pecah berbanding cermin yang nipis.
Keadaan casing berkeadaan baik. Sesuai dengan usianya....
Crown tidak nampak disebabkan ia terselindung di sebalik casing. Crown boleh ditekan ke dalam untuk pertukaran tarikhnya.
Caseback jenis skru. Nombor siri menunjukkan ia dikeluarkan pada bulan Januari 1982. Sekarang mesti ramai dah pandai baca tahun Seiko kan? Hehe...
Luaran yang nampak gagah itu melindungi 'jantung' yang sangat cantik & bersih. Movementbertindak cemerlang & berfungsi cukup baik.
Jenama: Seiko
Model: '5' 6119-8273
Tahun: 1982
Casing: Stainless steel. Berdiameter
Movement: Cal. 6119C Automatik
Tali: Bracelet
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
- SOLD -
Casio JP-200W
Friday, August 27, 2010
Bracelet Omega
Thursday, August 26, 2010
Suisee Chronographe winding
Satu lagi jam chronograph vintage masuk dalam blog ni. Kali ini dari jenama yang jarang kita dengar..... Suisee.
Keadaan jam cantik & memikat selera.
Pelbagai pandangan memberikan wajah yang cantik seperti awet muda walaupun sedikit kesan penuaan padanya.
Suisee Chronographe adalah namanya....
Keadaan casing sangat memuaskan. Crown asal masih berfungsi baik & kedua-dua button chrono dapat ditekan dengan cukup baik. Mempunyai saiz casing 36mm (tidak termasuk crown).
Caseback adalah jenis snap-op. Berkeadaan sangat baik.
Jenama: Suisee
Model: Chronographe
Tahun: Dipercayai 1950an
Casing:
Casing:
- Diameter: 36mm (tidak termasuk crown)
- Saiz lug: 19mm
Movement: Chronograph winding. 17 jewels
Tali: Tali kulit terpakai.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
Harga: -SOLD-
Saturday, August 21, 2010
Helbros winding
Kondisi Helbros ini masih berkeadaan sangat baik.
Dial dengan tekstur memberikan rupa yang cukup menarik untuk jam vintage begini. Kesan kekotoran begitu adalah biasa bagi jam yang dah berusia.
Jarum & marker timbul berwarna keemasan memberi penampilan yang cantik & sesuai dengan warna dial yang cerah ini. Hujung jarum minit bengkok ke bawah sedikit dihujungnya itu seperti mengikut dial bentuk dial yang juga cembung.
Cermin akrilik cembung berkeadaan sangat baik & keseluruhan casing masih baik. Ia mempunyai diameter 33mm (tidak termasuk crown).
Caseback stainless steel jenis snap-on. Ia mampunyai saiz lug 17mm.
Movement winding bersih & bertindak cukup cemerlang.
Movement Swiss ini telah teruji power reserve selama 44 jam 2 minit.
Jenama: Helbros
Tahun:Kemungkinan 1950an
Movement: Kunci (winding). 7 jewels.
Tali: Tali kulit akan dibekalkan.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
Harga: - SOLD -
Tuesday, August 17, 2010
Seiko 5 6309-7310
Seiko 5 adalah model asas Seiko untuk model automatik. Konsep Seiko 5 adalah mudah
- Automatik
- Hari (day)
- Tarikh (date)
- Shock absorb
- Kalis air (water resistant)
Model Seiko 5 yang tiada salah satu ciri-ciri ini bukanlah Seiko 5 yang asli. Mungkin ia adalah tiruan.
Ini adalah model Seiko 5 vintage yang menggunakan movement 6309. Suatu yang unik apabila harinya adalah english/arabic.
Dail & jarum berkeadaan baik & mempunyai cermin akrilik yang cembung. Model Seiko 5terkini dibekalkan dengan cermin mineral yang flat.
Keadaan casing sangat memuaskan & masih berkilat.
Berdasarkan nombor sirinya, ia dikeluarkan pada bulan April 1974. Caseback jenis skru & fully covered berbanding yang terkini yang dipasangkan cermin yang menampakkan movement.
Movement ini turut juga digunakan pada model 6309-7040 a.k.a. Turtle. Sangat bersih & cantik. Bertindak cemerlang & menepati masa.
Jenama: Seiko
Model: 6309-7310
Tahun: 1974
Movement: Cal. 6309 Automatik
Tali: Tali kulit akan dibekalkan.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
Harga: SOLD
NEW OWNER: Adid Anisa, Melaka
Thursday, August 12, 2010
Longines military winding
Longines suatu jenama yang cukup lama & masih wujud hingga kini.
Suatu ketika dulu design begini amat popular.
Design ala military amat popular sekitar tahun 1940an.
Jarum dengan warna kebiruan memberikan rupa yang menarik.
Crown nipis & besar ini memudahkan pusingan crown diputarkan.
Cermin akrilik timbul masih berkeadaan baik.
Casing dengan bentuk oktagon ini masih berkeadaan baik. Berdiameter 28mm (tidak termasuk crown). Model military klasik kebiasaannya mempunyai saiz yang sebegitu.
Caseback jenis skru tidak mempunyai apa-apa info padanya.
Bahagian dalam caseback mempunyai dekorasi perlage dengan tertera sedikit info padanya.
Movement winding undecorated keemasan ini berfungsi dengan sangat baik.
Setelah ujian dilakukan power reservenya adalah selama 37 jam 7 minit.
Jenama: Longines
Tahun: 1930-1940an
Movement: Kunci (winding).
Casing: 28mm. Boy size
Tali: kulit
Kondisi: Terpakai. Memuaskan
Subscribe to:
Posts (Atom)