Wednesday, August 4, 2010

Wittnauer sucsecond winding




Suatu jenama vintage yang tidak asing lagi... Wittnauer.
Masa mula kenal jam vintage, aku tak reti nak sebut nama jam ni... Aku sebut "Wit Naur".... Sebutan yang betul adalah "Wit Nor".



Jam vintage dengan subsecond dengan subdail sangat mengujakan. Nilai klasik serta nilai harga jam dengan subsecond kebiasaannya lebih tinggi berbanding jam 3 jarum biasa.




Casing jam masih cantik & warna emasnya tidak luntur kerana adalah emas 10k. Diametercasing 32mm. Crown tidak bertanda dapat diputar dengan cukup baik & mudah.



Sesuai dengan umurnya, dail mengalami sedikit kesan penuaan. Siapa sangka kerana jam ini sebenarnya lahir pada tahun 1950an.



Jam klasik secantik ini sukar didapati. Tambahan pula dari jenama ini, makin bertambah sukar dibuatnya....




Keadaan casing masih cantik tanpa sebarang kecacatan nyata.




Caseback tertera 10k gold filled pada bahagian berdekatan lug.



Beginilah rupa apabila jam dibuka untuk melihat movement.



Movement sangat cantik & bertindak cemerlang. 3 bridges tu manambahkan kecantikan & keistimewaan movement ini.




Pandangan ini nampak lebih jelas tulisannya.



Jenama: Wittnauer
Tahun: 1950an
Casing: Diameter 32mm. 10k gold filled.
Movement: Kunci (winding). 17 jewels. Cemerlang.
Tali: Kulit terpakai.
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.