Saturday, October 30, 2010

Bulova automatik

Suatu nama yang tidak asing lagi dibawa masuk ke dalam blog ini untuk tatapan mereka yang berminat memilikinya.



Keadaan masih cantik & memuaskan hati. Casing stainless steel masih berkeadaan sangat memuaskan. Casing cushion case bukan saja cantik dipandang malah selesa memakainya. Bracelet yang ditawarkan ini bukanlah miliknya. 





Dial berwarna silver diberi sentuhan brushed finishing berkeadaan baik & bersih. Hour marker timbul & agak tinggi hampir menyamai ketinggian jarum minit. Pertukaran tarikh & hari masih baik.



 Aku tidak membawa tolok pengukur, jadi duit syiling 50sen boleh menjadi petanda pengukur saiz jam ini.



Crown original bertanda dengan nama Bulova padanya.



Caseback skru.



Movement automatik 23 jewels berkeadaan baik berfungsi dengan cukup baik.



Jenama: Bulova
Tahun: 1970an
Casing: Stainless steel
Movement: Automatik. 23 jewels. 
Tali: Bracelet. Bukan ori.
Kondisi: Terpakai


Tuesday, October 26, 2010

Preview dulu ye...

8 jam ini bakal diceritakan satu persatu.... Kesemuanya milik kawan aku... kepada yang berminat, sila hubungi beliau secara terus kerana jam tiada dengan aku. 

Nantikan sambungannya....

Tali getah Seiko diver Z22 (original)


Tali getah wave Z22 original untuk Seiko diver dengan lug 22mm.

- SOLD OUT -

Sunday, October 17, 2010

American Foundation For The Blind Inc. watch


Suatu nama yang unik seringkali datang dengan bentuk yang unik juga. Tidak seperti jam lain, ada sesuatu yang istimewa disebalik nama & bentuknya itu...




Keadaan casingnya yang bersegi ini dengan gold plated berkeadaan baik. Jarang sekali kita berjumpa jam ini yang cantik begini. Ia mempunyai diameter casing 32mm & keluasan lug 17mm.



Bahagian atasnya seperti rim bezel itu sebenarnya adalah penutup dial yang boleh dibuka tutup. Sebab tu boleh nampak ada engsel di bahagian tepinya itu.




Nak buka senang saja. Hanya tekan push button yang ada di atas crown itu. Tekan saja, penutupnya akan terbuka. Cara pembacaan waktu untuk mereka yang berkenaan ialah dengan merasai jarum & hour marker yang timbul itu. Walaupun begitu, ramai juga collector jam yang menyimpan jam ini & ada juga yang ingin memiliki jam ini sebagai koleksi yang istimewa.




Keadaan dial sangat baik. Jam khas ini tidak memerlukan jarum saat. Lihat saja keadaannya yang masih elok. Jarang benar untuk kita jumpa jam khas ini cantik begini.




Caseback jenis snap-on. Bahagian belakang caseback tertera American Foundation For The Blind Inc.



Movement kunci keemasan sangat bersih & berfungsi sangat baik.




Jarang sekali movement kunci mempunyai 21 jewels. Movement AS dpt dikunci dengan baik & lembut. Tertera American Foundation For The Blind Inc. pada movement yang menunjukkan keoriginaliti movement ini yang dibuat khas untuk jam ini.




Jenama: AFB (American Foundation For The Blind Inc.)
Tahun: 1970an
Movement: AS. Kunci. 21 jewels.
Casing:
  • Diameter 32mm.
  • Lug 17mm.
Tali: Tidak disediakan.
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.




- SOLD -

Monday, October 11, 2010

Seiko LM 5606-7220


Seiko Lord Matic (LM) adalah model entry level King Seiko (KS) sekitar tahun 1970an. Mengapa dikatakan sebagai entry level KS? Kita saksikan kenapa....




Sekali imbas, model LM ini nampak seperti kebiasaan Seiko lain jika tiada logo LM itu. Tanda LM itu sendiri membezakan gred jam itu sendiri yang terletak pada movement yang memacunya.




Keadaan dial sesuai dengan keadaan usianya yang kini hampir 40 tahun. Seperti yang dikatakan tadi, kelebihannya terletak pada movement yang memacunya itu. Cal. 5606 mempunyai 23 jewels berbanding kebanyakan Seiko pada waktu itu hanyalah mempunyai 17 jewels. Ia juga mempunyai kelebihan quick set date/day & juga boleh hack & winding!




Keadaan casing masih baik. Mempunyai diameter 35mm (tidak termasuk crown). Ia dibuat leper di bahagian atas & melengkung mengikut tangan, lalu memberikan keselesaan yang cukup baik.




Jam ini dikeluarkan pada bukan Oktober 1971. Pada caseback telah tertera pernyataan untuk membuka cermin bagi melihat movement didalamnya.




Bezel ring perlu ditanggalkan dahulu. Kemudian tanggalkan cermin. Berdekatan dengan crown, terdapat lever yang perlu ditekan untuk mencabut crown & stem.




Beginilah keadaannya. Ada pelbagai cara buatan jam Seiko & ini salah satu caranya.




Inilah kelebihannya & merupakan sebab mengapa jam ini lebih tinggi harganya dari Seiko yang lain. Movement 5606 mempunyai persamaan dengan movement King Seiko 5626 yang mempunyai 25 jewels. Dari segi layout movement, ianya sama saja melainkan bilangan movementnya. Berbeza dengan movement Seiko lain, movement ini dibuat dengan kemas, saiz yang kecil & nipis yang membolehkan casing LM juga dibuat nipis. Movement ini juga adalah high-beat sama seperti movement KS.

Movement mempunyai kelebihan hack & wind. Berfungsi dengan cemerlang & baru saja diservis.



Jenama: Seiko
Model: 5606-7220
Tahun: 1971
Movement: Cal. 5606
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.


- SOLD - 

Saturday, October 2, 2010

Citizen Promaster Windsurfing



-SOLD-


NEW OWNER: Sahabat jam, Perak

Friday, October 1, 2010

Kotak jam 10 slot


Kotak jam ini mempunyai kualiti & buatan yang sama seperti kotak isian 5 (5 slot). Sangat menarik & sesuai untuk menyimpan jam-jam yang anda ataupun dijadikan hadiah istimewa.

Kepada yang berminat, sila hubungi saudara Nazri TimeAsItIs untuk tempahan/booking kerana kotak ini cepat sangat habis stok.