Monday, October 11, 2010

Seiko LM 5606-7220


Seiko Lord Matic (LM) adalah model entry level King Seiko (KS) sekitar tahun 1970an. Mengapa dikatakan sebagai entry level KS? Kita saksikan kenapa....




Sekali imbas, model LM ini nampak seperti kebiasaan Seiko lain jika tiada logo LM itu. Tanda LM itu sendiri membezakan gred jam itu sendiri yang terletak pada movement yang memacunya.




Keadaan dial sesuai dengan keadaan usianya yang kini hampir 40 tahun. Seperti yang dikatakan tadi, kelebihannya terletak pada movement yang memacunya itu. Cal. 5606 mempunyai 23 jewels berbanding kebanyakan Seiko pada waktu itu hanyalah mempunyai 17 jewels. Ia juga mempunyai kelebihan quick set date/day & juga boleh hack & winding!




Keadaan casing masih baik. Mempunyai diameter 35mm (tidak termasuk crown). Ia dibuat leper di bahagian atas & melengkung mengikut tangan, lalu memberikan keselesaan yang cukup baik.




Jam ini dikeluarkan pada bukan Oktober 1971. Pada caseback telah tertera pernyataan untuk membuka cermin bagi melihat movement didalamnya.




Bezel ring perlu ditanggalkan dahulu. Kemudian tanggalkan cermin. Berdekatan dengan crown, terdapat lever yang perlu ditekan untuk mencabut crown & stem.




Beginilah keadaannya. Ada pelbagai cara buatan jam Seiko & ini salah satu caranya.




Inilah kelebihannya & merupakan sebab mengapa jam ini lebih tinggi harganya dari Seiko yang lain. Movement 5606 mempunyai persamaan dengan movement King Seiko 5626 yang mempunyai 25 jewels. Dari segi layout movement, ianya sama saja melainkan bilangan movementnya. Berbeza dengan movement Seiko lain, movement ini dibuat dengan kemas, saiz yang kecil & nipis yang membolehkan casing LM juga dibuat nipis. Movement ini juga adalah high-beat sama seperti movement KS.

Movement mempunyai kelebihan hack & wind. Berfungsi dengan cemerlang & baru saja diservis.



Jenama: Seiko
Model: 5606-7220
Tahun: 1971
Movement: Cal. 5606
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.


- SOLD -