Sunday, November 18, 2012

Casio Wrist Remote Control CMD-40 (NOS)


Casio Wrist Remote Control CMD-40 merupakan model keluaran ke-3 (jika tidak silap) selepas CMD-10 & CMD-30. Walau ianya keluaran ke-3, namun jam ini sudah lama di pasaran sejak tahun 1994 seperti dalam milestone Casio di bawah:



Jam ini merupakan jam NEW OLD STOCK (NOS) yang didatangkan dengan set lengkap bersama kotak asli, buku manual & kad warranty.


Ini merupakan paparan fungsi jam ini di sebelah belakang kotaknya.


Keadaan jam sangat cantik, sempurna & tiada cacat cela.


Mempunyai fungsi yang pelbagai, malah lebih fungsinya berbanding abang-abangnya CMD-10 & CMD-30....


.... iaitu ia mempunyai fungsi tambahan iaitu kalkulator.


Push button di sebelah kanan (4 semuanya) berbentuk seperti button pada remote control TV & VCR.


Ia mempunyai 3 push button di sebelah kiri.


Bahagian atasnya merupakan sensor jam ini.


Fungsinya jelas tertera pada permukaan atas jam.

Display utama tertera:
  • Masa (bahagian bawah)
  • Hari & tarikh (bahagian atas)


Fungsi:
  • Mode remote control (berkeupayaan mengawal TV, VCR & mempunyai fungsi LEARNING yang 'belajar' mengawal dari remote control TV/VCR sedia ada. Namun aku tak pasti masih boleh digunakan lagi atau tidak dengan TV & video moden sebab jam ini sudah lama di pasaran sejak tahun 1994.
  • Alarm
  • Calculator
  • Stop watch

Penutup caseback seperti kebiasaan jam Casio dikunci oleh 4 skru. Info yang ringkas tertera padanya.


Tali getah original masih berkeadaan baik & sempurna.




JENAMA: Casio

MODEL: Wrist Remote Control CMD-40

TAHUN: keluaran pertama 1994

STATUS: New Old Stock (NOS)

KONDISI: LNIB. Buku manual disertakan. Kotak original disertakan.

KETERANGAN:
Jam baru stok lama. Tidak pernah digunakan.
Berfungsi dengan sangat baik.

Fungsi:
  • Mode remote control (berkeupayaan mengawal TV, VCR & mempunyai fungsi LEARNING yang 'belajar' mengawal dari remote control TV/VCR sedia ada. Namun tak pasti masih boleh digunakan lagi atau tidak dengan TV & video moden sebab jam ini sudah lama di pasaran sejak tahun 1994.
  • Alarm
  • Calculator
  • Stop watch


MODULE: 1174

CASING:
Resin dengan stainless steel (SS) caseback. 
Diameter: 43.3mm (ukuran dari bahagian paling prominent)
Panjang dari lug ke lug (atas-bawah): 49mm
Cermin: plastik cembung



TALI/BRACELET: Getah original berkeadaan sangat baik & sempurna.

HARGA: RM280


- SOLD -

NEW OWNER: En Nadzeer, Kedah



Casio PHYS STR-300 (NOS)


Ia merupakan model jam sukan (sport). Saiznya tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil membuatkannya sesuai dipakai oleh lelaki & perempuan.


Keadaan jam masih baik. Tulisan CASIO, ADJUST & MODE kehitaman sedikit. Bahagian lain masih baik. Cermin tiada calar & keadaan casing sempurna.


Diameter casing: 35.5mm
Panjang dari lug ke lug (atas-bawah): 48mm

Terdapat 5 push button pada jam ini.
- 2 di bahagian atas
- 2 di sebelah kiri
- 1 sebelah kanan (warna oren)



Keadaan casing masih baik & memuaskan. Ia sesuai digunakan ketika bersenam memandangkan ia mempunyai fungsi bunyi berjeda yang berfungsi sebagai panduan untuk kita melakukan senaman mengikut rentak (pace) yang sekata sepertimana yang kita mahukan. Buku manual disertakan bagi memudahkan penggunaan. 


Tali yang digunakan merupakan tali aftermarket.


Display utama tertera:
  • Masa (penomboran paling besar di tengah)
  • Tahun (atas)
  • Hari & tarikh (bawah)


Fungsi & features:
  • Stop watch
  • Recall data simpanan dari penggunaan stop watch (60 memori)
  • Timer
  • Pacemaker
  • Alarm (5 setting)
  • Dual time
  • Lampu LED
  • Water resistant 50 meter.


Caseback mana-mana Casio dari dulu hingga kini memaparkan info yang lebih kurang sama. 
STR-300 merupakan modelnya. Manakala nombor dalam kotak segiempat itu pula merukakan nombor module yang digunakannya. Paparan begini memudahkan kita mengetahui model & module dengan cara yang mudah.


Maklumat lanjut mengenai jam ini terdapat pada link di bawah:


JENAMA: Casio

MODEL: PHYS STR-300

TAHUN: tak pasti

STATUS: New Old Stock (NOS)

KONDISI: LNIB. Buku manual disertakan. Tiada kotak.

KETERANGAN:
Jam baru stok lama. Tidak pernah digunakan.
Berfungsi dengan sangat baik.

Fungsi & features:
  • Stop watch
  • Recall data simpanan dari penggunaan stop watch (60 memori)
  • Pace Signal & Distance Calculation
  • Timer
  • Alarm (5 setting)
  • Dual time
  • Lampu LED
  • Water resistant 50 meter


MODULE: 2575

CASING:
  • Resin dengan stainless steel (SS) caseback. 
  • Diameter: 35.5mm
  • Panjang dari lug ke lug (atas-bawah):48mm
  • Cermin: plastik cembung

TALI/BRACELET: Getah aftermarket.

HARGA: -SOLD-


NEW OWNER: En. Rusli Panjang

Casio E-Databank EDB-100 (NOS)

Ini merupakan salah satu model E-Databank. Merupakan jam NOS. Tahun keluaran jam ini tidak dapat dipastikan... namun kalau tak silap model ini sudah tidak dikeluarkan lagi.


Mempunyai design yang sleek. Gabungan bahagian krom & resin biru gelap memberikan wajah yang menawan. Ia mempunyai display yang besar dengan penomboran masa yang besar & jelas.


Keadaan casing sangat baik tanpa calar... memandangkan ia tidak pernah digunakan....


Mempunyai 4 push button yang simetri kedudukannya di kiri & kanan.


Display utama tertera:
  • Masa (penomboran besar & jelas dilihat)
  • Tarikh & hari (paling atas)
  • Tahun (bawah)

Fungsi lain:
  • 2 time keeping
  • Lampu electro-luminescence (EL)
  • Auto EL
  • Simpanan data/nombor telefon (30 data)
  • Alarm
  • Stop-watch


Caseback stainless steel yang solid dari model Casio yang lain. Dikunci dengan 6 skru.


Design yang lain dari kebiasaan Casio... Casecack ini turut menjadi sebahagian dari casingnya & memberikan pemakaian selesa.


Tali getah original berkeadaan baik namun agak keras sedikit. Jika tidak dipakai, keadaannya seperti dalam gambar sebelah atas kiri.Namun begitu ia tidak mengganggu keselesaan.



JENAMA: Casio

MODEL: E-Databank EDB-100

TAHUN: tak pasti

STATUS: New Old Stock (NOS)

KONDISI: LNIB. Buku manual disertakan. Tiada kotak.

KETERANGAN:
Jam baru stok lama. Tidak pernah digunakan.
Berfungsi dengan sangat baik.

Fungsi & features:
  • 2 time keeping
  • Lampu electro luminescence (EL)
  • Auto EL
  • Simpanan data/nombor telefon (30 data)
  • Alarm
  • Stop-watch
  • Water resistant 100m

MODULE: 2417 

CASING:
- Stainless steel (SS) caseback.
- Diameter: 36.6mm (bahagian paling prominent)
- Panjang dari lug ke lug (atas-bawah): 52.7mm
- Cermin: plastik cembung


Wednesday, February 22, 2012

Event H4U

H4U 2012

Thursday, February 9, 2012

Seiko 7016-5000 Monaco

Seiko Monaco nama yang diberi peminat... mungkin ia dipanggil begitu kerana mempunyai persamaan dengan Heuer Monaco yang sangat popular. Dengan bentuk segi-empat, hour marker timbul, 2 push button & juga fungsi chronograph menjadikannya sangat serupa dengan Heuer itu....


Gambar pinjam dari On The Dash.
Ini merupakan Heuer Monaco yang dipopularkan oleh pelakon terkenal Steve McQueen.



Bentuknya itu memberikan impak yang cukup kuat seiring namanya itu. Ia tampak hebat & sangat sporty. 


Keadaan casing stainless steel ini berkeadaan baik. Ia mempunyai diameter casing 37mm. Walau ia berbentuk segiempat, pemakaiannya dirasakan sangat selesa.


Crown yang dicipta sama paras dengan casing menjadikan design jam ini kemas & dinamik. Push button berkeadaan baik & berfungsi baik.


Cermin akrilik timbul masih berkeadaan baik.


Dial berkeadaan bersih & masih baik. Jarum chronograph dapat reset dengan baik. 


Berbeza dengan movement chronograph Seiko lain seperti 6139 & 6138, movement 7016 walau cuma mempunyai satu subdial, ia mempunyai 2 jarum padanya. Jarum panjang (atas) memberikan bacaan minit (satu pusingan 30 minit), manakala jarum pendek (bawah) memberikan bacaan jam (satu pusingan 12 jam).



Caseback jam ini bertindak sebagai pemegang movement. Perlu tahu kaedahnya untuk membukanya kerana cara bukanya bukanlah seperti kebiasaan caseback yang snap-on. Ekoran dari itu, aku tak berani nak buka memandangkan ini bukanlah jam aku. Namun aku pasti & yakin serta jaminan dari tuannya yang movementnya berkeadaan baik & adalah movement original.

Berdasarkan nombor siri, ia dikeluarkan pada tahun 1972. Plastik caseback masih ada lagi padanya.


Gambar pinjam dari Watch U Seek
Ini merupakan rupa movement 7016. Movement jam ini bertindak cemerlang & berfungsi baik.


Jenama: Seiko
Model: 7016-5000 Monaco
Tahun: 1972
Movement: Automatik chronograph.
Tali: kulit.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -


Wednesday, February 8, 2012

Wyler-Vetta subsecond winding

Wyler-Vetta merupakan suatu jenama hebat yang mengikut sejarahnya bermula pada tahun 1896 yang diasaskan oleh Paul Wyler. Beliau merupakan seorang watchmaker yang berinovasi dimana telah menciptakan suatu sistem balance wheel yang mempunyai ketahanan (shock resist) yang hebat & telah dipatenkan oleh beliau dengan nama INCAFLEX. 

Sejarahnya boleh juga dibaca pada link di bawah:


Walau sudah berumur, ia tetap gagah menyusun waktu....


Berbeza dengan kebanyakan jam vintage, saiz jam ini agak besar sedikit berbanding jenama lain. Diameter jam ini ialah 37mm (tidak termasuk crown).... Walaupun jika dibandingkan dengan saiz jam zaman sekarang, saiz itu adalah kecil. Namun pada zamannya, ia sudah cukup besar.


Keadaan casing masih baik & cantik.


Ianya tampak ringkas & elegant.... 


Dial telah mengalami patina.. memberikan rupa yang sangat klasik. Dial melengkung sedikit di bahagian tepi... DNA biasa untuk jam vintage. 


Crown dengan dekorasi yang cantik berkeadaan baik & berfungsi sempurna. Caseback telah ditukarkan dengan cermin akrilik bagi menampakkan movement. Jelas ia suatu tindakan yang genius bagi tuannya yang suka menghayati keindahan movement jam.


Penutup caseback original akan turut disertakan kepada pembeli.


Movement berkeadaan sempurna & berfungsi dengan baik. Ternyata sistem INCAFLEX ciptaan Paul Wyler bertindak dengan sangat cemerlang hingga hari ini...


Jenama: Wyler-Vetta
Tahun: Dipercayai 1960an.
Movement: Kunci. 17 Jewels.
Tali: kulit.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -


Elgin Art-Deco

Elgin merupakan suatu jenama jam USA yang cukup tua. Sejarah pembuatan jam mereka sangat kuat & masih menjadi perbualan sehingga kini di kalangan collector. 


Art-Deco merupakan suatu seni yang popiular sekitar tahun 1920an & ia bukanlah hanya wujud pada jam, malah ia meliputi seni binaan, ukiran & juga kenderaan. Pada zaman itu, Art-Deco sangat popular & banyak penciptaan wujud dengan ciri-ciri Art-Deco. Salah satu cabangannya terkena tempias pada penciptaan jam. Jenama-jenama yang mengeluarkan Art-Deco terdiri daripada Elgin, Hamilton, Gruen, Waltham, Bulova, Illinois, Patek Philippe, Paul Picot & lain-lain lagi.


Crown yang nipis tapi berdiameter besar itu memudahkan movement dikunci.  Tidak seperti zaman sekarang, jam zaman itu saiznya kecil. Diameter jam ini ialah lebih kurang 23.5mm. Saiz jam kecil ini merupakan suatu yang normal pada zaman itu. Jika dibandingkan dengan saiznya, pada zaman sekarang, ianya merupakan saiz jam wanita. 


Casingnya berkeadaan sangat baik. Menujukkan kualiti buatannya yang sangatlah baik. Caseback itu turut menjadi sebahagian casing & memegang movement dengan baik.


Caseback berkeadaan baik & perlu dibuka dengan alat yang sesuai.


Beginilah keadaannya apabila caseback dibuka. caseback itu seperti memegang movement. Cermin jam ini berkeadaan sangat baik.


Dial berpatina berkeadaan masih baik. Bagi yang sukakan jam dengan rupa yang cukup klasik, model Art-Deco ini sangat sesuai untuk anda.


Dial melengkung secara keseluruhannya. Klasik!


Walau sudah tua... movement kunci ini sangat cantik & bersih.


Movement in-house Elgin 557 dengan 15 jewels ini dibuat di U.S.A. Ia berfungsi dengan cemerlang & menepati waktu. Jam milik kawan aku ini, diservis sendiri dengan cukup baik olehnya yang sememangnya pakar.


Jenama: Elgin
Model: Art-Deco
Tahun: Tidak pasti.
Diameter casing: 23.5mm
Movement: Elgin 557. Kunci (winding)
Tali: Kulit
Kondisi: Terpakai