Wednesday, February 8, 2012

Elgin Art-Deco

Elgin merupakan suatu jenama jam USA yang cukup tua. Sejarah pembuatan jam mereka sangat kuat & masih menjadi perbualan sehingga kini di kalangan collector. 


Art-Deco merupakan suatu seni yang popiular sekitar tahun 1920an & ia bukanlah hanya wujud pada jam, malah ia meliputi seni binaan, ukiran & juga kenderaan. Pada zaman itu, Art-Deco sangat popular & banyak penciptaan wujud dengan ciri-ciri Art-Deco. Salah satu cabangannya terkena tempias pada penciptaan jam. Jenama-jenama yang mengeluarkan Art-Deco terdiri daripada Elgin, Hamilton, Gruen, Waltham, Bulova, Illinois, Patek Philippe, Paul Picot & lain-lain lagi.


Crown yang nipis tapi berdiameter besar itu memudahkan movement dikunci.  Tidak seperti zaman sekarang, jam zaman itu saiznya kecil. Diameter jam ini ialah lebih kurang 23.5mm. Saiz jam kecil ini merupakan suatu yang normal pada zaman itu. Jika dibandingkan dengan saiznya, pada zaman sekarang, ianya merupakan saiz jam wanita. 


Casingnya berkeadaan sangat baik. Menujukkan kualiti buatannya yang sangatlah baik. Caseback itu turut menjadi sebahagian casing & memegang movement dengan baik.


Caseback berkeadaan baik & perlu dibuka dengan alat yang sesuai.


Beginilah keadaannya apabila caseback dibuka. caseback itu seperti memegang movement. Cermin jam ini berkeadaan sangat baik.


Dial berpatina berkeadaan masih baik. Bagi yang sukakan jam dengan rupa yang cukup klasik, model Art-Deco ini sangat sesuai untuk anda.


Dial melengkung secara keseluruhannya. Klasik!


Walau sudah tua... movement kunci ini sangat cantik & bersih.


Movement in-house Elgin 557 dengan 15 jewels ini dibuat di U.S.A. Ia berfungsi dengan cemerlang & menepati waktu. Jam milik kawan aku ini, diservis sendiri dengan cukup baik olehnya yang sememangnya pakar.


Jenama: Elgin
Model: Art-Deco
Tahun: Tidak pasti.
Diameter casing: 23.5mm
Movement: Elgin 557. Kunci (winding)
Tali: Kulit
Kondisi: Terpakai