Wednesday, February 22, 2012
Thursday, February 9, 2012
Seiko 7016-5000 Monaco
Seiko Monaco nama yang diberi peminat... mungkin ia dipanggil begitu kerana mempunyai persamaan dengan Heuer Monaco yang sangat popular. Dengan bentuk segi-empat, hour marker timbul, 2 push button & juga fungsi chronograph menjadikannya sangat serupa dengan Heuer itu....
Gambar pinjam dari On The Dash. |
Ini merupakan Heuer Monaco yang dipopularkan oleh pelakon terkenal Steve McQueen.
Bentuknya itu memberikan impak yang cukup kuat seiring namanya itu. Ia tampak hebat & sangat sporty.
Keadaan casing stainless steel ini berkeadaan baik. Ia mempunyai diameter casing 37mm. Walau ia berbentuk segiempat, pemakaiannya dirasakan sangat selesa.
Crown yang dicipta sama paras dengan casing menjadikan design jam ini kemas & dinamik. Push button berkeadaan baik & berfungsi baik.
Cermin akrilik timbul masih berkeadaan baik.
Dial berkeadaan bersih & masih baik. Jarum chronograph dapat reset dengan baik.
Berbeza dengan movement chronograph Seiko lain seperti 6139 & 6138, movement 7016 walau cuma mempunyai satu subdial, ia mempunyai 2 jarum padanya. Jarum panjang (atas) memberikan bacaan minit (satu pusingan 30 minit), manakala jarum pendek (bawah) memberikan bacaan jam (satu pusingan 12 jam).
Caseback jam ini bertindak sebagai pemegang movement. Perlu tahu kaedahnya untuk membukanya kerana cara bukanya bukanlah seperti kebiasaan caseback yang snap-on. Ekoran dari itu, aku tak berani nak buka memandangkan ini bukanlah jam aku. Namun aku pasti & yakin serta jaminan dari tuannya yang movementnya berkeadaan baik & adalah movement original.
Berdasarkan nombor siri, ia dikeluarkan pada tahun 1972. Plastik caseback masih ada lagi padanya.
Gambar pinjam dari Watch U Seek |
Ini merupakan rupa movement 7016. Movement jam ini bertindak cemerlang & berfungsi baik.
Jenama: Seiko
Model: 7016-5000 Monaco
Tahun: 1972
Movement: Automatik chronograph.
Tali: kulit.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -
Wednesday, February 8, 2012
Wyler-Vetta subsecond winding
Wyler-Vetta merupakan suatu jenama hebat yang mengikut sejarahnya bermula pada tahun 1896 yang diasaskan oleh Paul Wyler. Beliau merupakan seorang watchmaker yang berinovasi dimana telah menciptakan suatu sistem balance wheel yang mempunyai ketahanan (shock resist) yang hebat & telah dipatenkan oleh beliau dengan nama INCAFLEX.
Sejarahnya boleh juga dibaca pada link di bawah:
Walau sudah berumur, ia tetap gagah menyusun waktu....
Berbeza dengan kebanyakan jam vintage, saiz jam ini agak besar sedikit berbanding jenama lain. Diameter jam ini ialah 37mm (tidak termasuk crown).... Walaupun jika dibandingkan dengan saiz jam zaman sekarang, saiz itu adalah kecil. Namun pada zamannya, ia sudah cukup besar.
Keadaan casing masih baik & cantik.
Ianya tampak ringkas & elegant....
Dial telah mengalami patina.. memberikan rupa yang sangat klasik. Dial melengkung sedikit di bahagian tepi... DNA biasa untuk jam vintage.
Crown dengan dekorasi yang cantik berkeadaan baik & berfungsi sempurna. Caseback telah ditukarkan dengan cermin akrilik bagi menampakkan movement. Jelas ia suatu tindakan yang genius bagi tuannya yang suka menghayati keindahan movement jam.
Penutup caseback original akan turut disertakan kepada pembeli.
Movement berkeadaan sempurna & berfungsi dengan baik. Ternyata sistem INCAFLEX ciptaan Paul Wyler bertindak dengan sangat cemerlang hingga hari ini...
Jenama: Wyler-Vetta
Tahun: Dipercayai 1960an.
Movement: Kunci. 17 Jewels.
Tali: kulit.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -
Elgin Art-Deco
Elgin merupakan suatu jenama jam USA yang cukup tua. Sejarah pembuatan jam mereka sangat kuat & masih menjadi perbualan sehingga kini di kalangan collector.
Art-Deco merupakan suatu seni yang popiular sekitar tahun 1920an & ia bukanlah hanya wujud pada jam, malah ia meliputi seni binaan, ukiran & juga kenderaan. Pada zaman itu, Art-Deco sangat popular & banyak penciptaan wujud dengan ciri-ciri Art-Deco. Salah satu cabangannya terkena tempias pada penciptaan jam. Jenama-jenama yang mengeluarkan Art-Deco terdiri daripada Elgin, Hamilton, Gruen, Waltham, Bulova, Illinois, Patek Philippe, Paul Picot & lain-lain lagi.
Crown yang nipis tapi berdiameter besar itu memudahkan movement dikunci. Tidak seperti zaman sekarang, jam zaman itu saiznya kecil. Diameter jam ini ialah lebih kurang 23.5mm. Saiz jam kecil ini merupakan suatu yang normal pada zaman itu. Jika dibandingkan dengan saiznya, pada zaman sekarang, ianya merupakan saiz jam wanita.
Casingnya berkeadaan sangat baik. Menujukkan kualiti buatannya yang sangatlah baik. Caseback itu turut menjadi sebahagian casing & memegang movement dengan baik.
Caseback berkeadaan baik & perlu dibuka dengan alat yang sesuai.
Beginilah keadaannya apabila caseback dibuka. caseback itu seperti memegang movement. Cermin jam ini berkeadaan sangat baik.
Dial berpatina berkeadaan masih baik. Bagi yang sukakan jam dengan rupa yang cukup klasik, model Art-Deco ini sangat sesuai untuk anda.
Dial melengkung secara keseluruhannya. Klasik!
Walau sudah tua... movement kunci ini sangat cantik & bersih.
Movement in-house Elgin 557 dengan 15 jewels ini dibuat di U.S.A. Ia berfungsi dengan cemerlang & menepati waktu. Jam milik kawan aku ini, diservis sendiri dengan cukup baik olehnya yang sememangnya pakar.
Jenama: Elgin
Model: Art-Deco
Tahun: Tidak pasti.
Diameter casing: 23.5mm
Diameter casing: 23.5mm
Movement: Elgin 557. Kunci (winding)
Tali: Kulit
Kondisi: Terpakai
Le Merfon Jumping Hour
Terdapat banyak model digital/jumping hour dikeluarkan. Le Merfon merupakan salah satu daripadanya.
Selain jumping hour, ia juga dikenali sebagai digital kerana hanya memaparkan nombor bagi menggantikan jarum.
Dial kemas & sangat ringkas.
Casingnya nampak besar & tebal. Ia mempunyai diameter casing 35mm.
Keadaan casing base metal ini masih baik.
Casingnya sedikit melengkung. Ia membantu memberi keselesaan ketika mamakainya.
Caseback jenis skru.
Movement 1 jewel ini berkeadaan bersih & berfungsi baik. Walau hanya mempunyai 1 jewel, ia terbukti reliable.
Jenama: Le Merfon
Model: Digital/jumping hour
Tahun: Maaf kerana aku tidak dapat maklumat mengenainya.
Movement: Kunci (winding)
Tali: kulit
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -
NEW OWNER: En. Saiful, PJ
Seiko Bellmatic 4006-6070 17 Jewels
Seiko Bellmatic merupakan model istimewa dari Seiko yang mempunyai fungsi penggera (alarm). Sepertimana jam digital quartz yang mempunyai penggera, penciptaan jam penggera yang sepenuhnya dikawal secara mekanikal telah lama diciptakan. Bukan saja Seiko, malah banyak lagi jenama yang mengeluarkan model penggera seumpamanya...
Seiko Bellmatic mengeluarkan 3 siri movement Bellmatic yang terdiri dari 17 jewels, 21 jewels & 27 jewels. Lagi tinggi jewels, lagi tinggilah harganya. Pada dasarnya movement yang digunakan adalah sama, yang berbeza hanyalah bilangan jewels.
Bellmatic ini kelihatan sangat anggun & cantik sekali. Gabungan warna yang coklat yang lembut beserta kilauan keemasan chapter ring & jarum serta hour marker menyerlahkan lagi rupanya yang tampak sangat matang. Penggunaan tali kulit dark brown lebih menaikkan rupanya itu.
Dial bersih tanpa sebarang sentuhan ini masih cantik. Ia mempunyai diameter casing 38mm.
Penentuan alarm ditunjukkan oleh anak panah merah pada chapter ring yang boleh berputar.
Keadaan casing sangat memuaskan. Penggera perlu dikunci terlebih dahulu. Untuk hidupkan fungsi penggera, push button (yang boleh ditekan untuk mengubah tarikh) itu perlu ditarik keluar. Apabila jarum jam sampai pada anak panah itu, maka jam akan bergetar (vibrate) berserta bunyi.
Caseback jenis skru berkeadaan baik. Berdasarkan nombor siri, ia dipercayai dikeluarkan pada tahun 1977.... berkemungkinan juga tahun 1967. Namun berdasarkan keadaan fizikal jam ini, berkemungkinan besar dia dari 1977.
Movement 4006A 17 jewels ini berkeadaan baik & berfungsi cemerlang. Ada juga model Bellmatic dengan movement 4005A. Namun model 4005A model yang sangat sukar dijumpai & dia hanya mempunyai tarikh... Di mana model 4006A mempunyai hari & tarikh.
Itu merupakan mekanisme penggeranya....
Jenama: Seiko
Model: Bellmatic 4006-6070
Tahun: Dipercayai 1977.
Movement: Automatik. 17 jewels. Fungsi penggera.
Tali: kulit
Kondisi: Terpakai
Subscribe to:
Posts (Atom)