Thursday, October 22, 2009

Seiko Weekdater 6619-7050


Seiko Sportmatic memandang masa depan mengenang nasibnya nanti...


Seiko Sportmatic yang semakin rare sekarang ni...


Dibekalkan dengan tali kulit baru...


Casing stainless steel masih berkeadaan elok walaupun mempunyai calar pada bodynya. Walaupun begitu, ia masih berkilat. Diameter casing 35mm dengan saiz lug 18mm. Crown diposisi pada pukul 4. Penentuan masa hanya perlu tarik crown ke 1 posisi saja. Nak ubah tarikh, perlu tekan crown ke dalam. Perhatian perlu diberikan pada crown semasa menukar tarikh. Bila tekan banyak kali, kadang kala, ia akan stuck sekejap. Bila dibiarkan lama skit, ia kembali pulih & boleh tekan semula. Nak ubah hari, kena pusing jarum full 24 jam.


Walaupun casing camtu, tapi dail sangat bersih. Emblem Seiko yang timbul, jarum yang masih cantik & mempunyai tetingkap metal pada hari & tarikh.


Ciri-ciri Seiko 5 lengkap pada jam ni. Caseback jenis skru. Maklumat lengkap jam tertera pada caseback. Keadaan belakangnya masih cantik.


Side view..... pandai dia posing...


Nak tukar tali kulit senang dengan adanya lubang camni pada lug. Perhatikan lug sebelah kanan. Agak melengkung ke dalam skit....


... aku pun tak perasan benda ni bila aku beli jam ni. Sekali imbas tak perasan pun. Kena tengok betul-betul. Tapi tak jejaskan tali & lug pun.



Aku tak tau istilah apa nak pakai untuk dail camni. Cantik cara marker & susun aturnya. Payah nak jumpa Seiko camni sekarang.


Dipacu enjin 6619 dengan baik sekali... Mempunyai jewels sebanyak 21.


Enjin bersih. Bentuk rotor yang tersendiri. Terdapat 2 skru yang perlu dibuka untuk mengeluarkan enjin dari casing. Gambar ni sama dengan atas. Perhatikan betul-betul perbezaannya. Yang ni, aku dah letakkan o-ring baru pada kawasan skrunya. O-ring tu aku cuma letakkan saja & terus tutup caseback. Aku takda gam untuk lekatkannya pada casing.


Jenama: Seiko
Model: Weekdater
Buatan: Jepun
Tahun: Dipercayai 1970an
Movement: Automatik 6619 (21 jewels). Running ok
Tali: Kulit baru


Keterangan:
  • Seiko Weekdater antara model yang semakin rare sekarang. Susah nak jumpa yang betul-betul elok. Walau dah tua, tapi masih gagah mengatur waktu...
  • Aku agak confius dengan status caseback jam ni. Kat dail Weekdater, caseback Sportmatic. Tapi enjin memang dia punya. Mungkin gak Weekdater tergolong dalam keluarga Sportmatic.
  • Selain penukaran tarikh & lug, keseluruhan jam ni sangat baik.

NEW OWNER: En. Tay Hoong Wai, KL