Friday, October 30, 2009

Titoni Airmaster automatik

Titoni Airmaster ni aku beli New Old Stock (NOS). Hanya disertakan jam sahaja tanpa kotak. Jam yang jarang aku pakai ni cuma ditatapi & aku rasa lebih elok kalau aku jual kepada sesiapa yang berminat.


Keadaan jam sangatlah sempurna & beroperasi dengan cemerlang. Casing stainless steel berukuran 38mm (mid size) & mempunyai ketebalan 10mm. Segak & menepati waktu. Jam juga adalah kalis air sehingga 30m.


Cermin adalah sapphire kristal. Dail hitam flat. Mempunyai hari-tarikh pada pukul 3. Jarum jam berbentuk lambang Mercedes menyerlahkan kehebatan jam ni. Jarum & marker mempunyai luminous padanya. Lambang Titoni berbentuk bunga dihiasi dengan warna merah di dalamnya menambahkan kemanisan pada jam ni.


Bracelet solid stainless steel disaluti emas. Jalinan link bracelet diselang-seli dengan polished & brushed finishing. Cantik dipandang di bawah sinaran cahaya.


Crown bersalut emas ini dihiasi dengan logo Titoni dengan cantik sekali. Bak kata kawan aku macam bunga Sakura. Tarikan & putaran crown smooth tanpa sekatan.


Bahagian sisi casing dipolished dengan baik sekali.


Single clasp ini dibuat brushed finishing pada bahagian tengah & polished finishing di bahagian tepi. Lambang Titoni dibuat embosed dengan kemas & baik sekali.


Caseback skru ni menyimpan jantung ETA 2824-2 (sama dengan Epos aku). Enjin 25 jewels ni adalah in-house assembly oleh Titoni, 28800bph & mempunyai power reserve 38 jam. Enjin seumpama ini boleh hack & juga wind. Mohon maaf, aku tak mahu buka caseback sebab jam ni baru.

Untuk bacaan lanjut, boleh layari http://duniajam.blogspot.com/search/label/Titoni

Jenama: Titoni
Model: Airmaster
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti
Movement: ETA 2824-2. 25 jewels. 28800bph. Hack & wind. Sangat lancar & menepati waktu.
Tali: Solid stainless steel
Kondisi: Sangat sempurna. Jam ni aku beli NOS


Keterangan:
  • Keadaan jam yang sempurna ini aku nak letgo kepada yang beminat. Jam disaluti emas ni sangat cantik dengan dail berwarna hitam. Sangat sesuai dengannya & masuk dengan banyak 'fuction'. Dress watch yang cantik untuk dipakai.
  • Jam ni aku beli NOS. Tiada kotak disertakan dengan pembelian aku tu.
  • Harga yang ditawarkan boleh runding. Harga termasuk kos penghantaran

NEW OWNER: En. Simon Guok, PJ, KL