Tuesday, December 22, 2009

Carlo Cardini Skeleton automatik

Jam dengan rupa skeleton ini nampak sangat cantik & menarik. Sangat sesuai dipakai secara casual. Nampak mahal pula tu. Tali kulit ditukar baru dari jenama Whale kerana tali originalnya adalah berkualiti rendah.


Cermin mineral yang cembung memberikan reflektif yang berbeza apabila terkena cahaya. Subdail yang banyak itu nampak seperti jam chronograph.


Dari tepi nampak macam button jam chronograph.


Casing stainless steel sangat sempurna tanpa calar. Tuannya memang jaga elok.


Dengan view ni boleh nampak dail skeletonnya itu dengan jelas. Dail dibuat dengan cukup cantik & kemas. Subdail pukul 3 adalah tarikh. Subdail pukul 6 adalah masa 24 jam & subdail pukul 9 adalah hari. Jarumnya berwarna biru sangat cantik dipandang. Nama Carlo Cardini nampak floating disebabkan ia dicop di bahagian bawah cermin.


Caseback dengan exibition glass menampakkan enjinnya yang cantik itu. Dekorasi enjin dibuat dengan cantik sekali. Sangat sesuai dengan rupa skeletonnya itu.


Jenama: Carlo Cardini
Model: Day-date. Bukan chronograph ye.
Buatan:
Itali
Casing:
Stainless steel. Diameter 40mm (tidak termasuk crown). Lug to lug 44mm.
Movement:
Automatik & kunci.
Casing:
Stainess steel
Tali:
Kulit
Kondisi
: Terpakai


Keterangan:
  • Jenama ini adalah jenama fesyen/butik dari Itali. Kondisi jam sangat sempurna menepati waktu.
  • Tuan jam nak jual atas sebab hilang minat terhadap jam baru. Lebih meminati jam lama sekarang ni. Jam ni sangat jarang dipakai.

NEW OWNER: En. Pang Cheng Kok, Labuan, Sabah

Montilier Manual Wind

Montelier... satu jenama yang sangat jarang dijumpai kini. Siapa sangka, ia adalah buatan Swiss.


Nampak tak kelainan pada jam ni?


Bersaiz boy size, namun jam vinvate ini adalah jam lelaki. Jam vintage memang macam tu.


Cermin akrilik masih berkeadaan baik. Dail matt black mempunyai kontra yang baik sekali dengan warna putih jarum & marker.


Dari tepi boleh nampak cermin akrilik di kedua-dua bahagian jam.


Casing akrilik berkeadaan baik sekali.


Enjin kunci dengan 15 jewels ini berfungsi dengan baik sekali. Caseback telah ditukar akrilik untuk mempamerkan enjinnya itu. Nampak sangat cantik & sangat berlainan sekali dari kebanyakan jam. Teringin nak buat camni, tapi takda jam yang bersesuaian lagi. Jam ni akan dijual bersama-sama caseback original. Banyak jam vintage tuannya tukar caseback begini. Semua Omega miliknya dibuat begini. Idea yang cukup bagus untuk jam yang tiada caseback & untuk mengembalikan wajah ceria padanya.



Jenama: Montelier
Buatan: Swiss
Movement: Kunci. 15 jewels.
Casing: Stainless steel. Boy size
Tali:
Kuit (bukan original)
Kondisi: Terpakai


Keterangan:
  • Caseback jam telah ditukar kepada akrilik oleh tuannya untuk melihat enjinnya yang cantik itu.
  • Keadaan jam masih elok & berfungsi dengan baik.

NEW OWNER: En. Thomas Teoh, PJ, Selangor

Seiko Diver 6309-704A

Nampak gagah walau umurnya dah dekat 40 tahun. Siapa sangka barang lama masih mempunyai nilai samada dari segi harga ataupun estatika.


Tali getah adalah untuk model Seiko diver. Tapi tali ni bukanlah tali original. Sangat selesa di tangan.


Insert bezel, dail & jarum adalah aftermarket. Nampak cun ja jam ni. Bezel boleh diputar 2 arah. Cermin masih sempurna & berkilat.


Casing masih cantik & berkilat.


Boleh nampak photograper amatur ambil gambar...


Caseback skru dengan lambang bersejarah tsunami.


Enjin nampak sarat dalam casing & berfungsi dengan baik sekali.


Jenama: Seiko
Buatan:
Jepun
Movement:
6309. 17 jewels.
Casing: Stainless steel.
Tali:
Getah Seiko (bukan original)
Kondisi:
Very good


NEW OWNER: En. Hassan Bahri, PJ

Seiko Bellmatic 17jewels 4006

Jam sudah dijual sebelum sempat diiklankan.


NEW OWNER: En. Rizal, Mukah, Sarawak

Seiko 7016 Flyback Chronograph Day-Date (Tak jadi jual)

Sekali imbas serupa dengan adiknya Seiko 6139. Dua kali imbas baru nampak perbezaannya.


Caseback skru tertera nombor enjinnya 7016-8001. Jam tahun 1980an ni masih memberi masa yang baik.


Perbezaan jam ni terletak pada enjinnya & juga jarum pada subdail. Subdail jam ni mempunyai 2 jarum padanya. Jarum merah subdail memberikan masa minit & putih memberikan masa jam. Namun jarum jam (putih) & saat chrono kadang-kala tidak tepat pada pukul 12. Jarum minit (merah) tidak ada masalah. Jam ni perlu diservis untuk betulkan jarumnya.... tapi bacaan waktu semasanya adalah baik sekali. Cermin akrilik cembung, masih original.

Apa yang dimaksudkan dengan flyback?
Tidak seperti 6139, button reset 6139 jika ditekan semasa mode chronograph tidak akan memberikan apa-apa kesan. Kena stop & reset... barulah jarum saat kembali ke pukul 12. Namun pada jam ni (7016), jarum saatnya akan kembali ke pukul 12 apabila ditekan & bergerak semula. Jarum saat akan reset & kembali bergerak setiap kali button ditekan. Apabila button stop ditekan & kemudian button reset ditekan... barulah jarum saat kembali pukul 12 & tak bergerak.


Perhatikan perbezaannya. Sebelah kanan adalah Seiko Helmet 6139. Sama tapi tak serupa. Satu rare (Helmet) & satu lagi sangatlah rare. Jam ni lebih rare dari Seiko "Monaco" version.


Kedua-dua button chronograph berkeadaan sempurna.


Casing stainless steel masih berkeadaan elok.


Enjin bersih & lancar pergerakannya. Engraving Seiko & nombor enjin warna merah jarang dijumpai pada jam Seiko.


Holder ring jam ni hilang. Tuan jam gantikan dengan ring plastik (putih). Kreatif juga. Sebab tanpa ring ni, enjin akan longgar & bergegar dalam casing.


Jenama: Seiko
Model: Flyback Chronograph Day-Date
Tahun: 1980an
Buatan: Jepun
Movement: 7016. 17 jewels.
Casing: Stainless steel
Tali: Kulit (bukan original)
Kondisi: Terpakai

Keterangan:
  • Tiada masalah dengan bacaan waktu & fungsi chronograph. Hanya jarum sahaja yang kadang-kala kurang tepat apabila reset.
  • Jam ni adalah sangat rare & lebih rare dari versi "Monaco".
  • Jam ni sudah dibuat pembaikan oleh tuannya. Aku dah tengok jam ni. Cantik betul jadinya. Disebabkan itu, tuannya sudah tidak jadi menjualnya.
  • Jam dikekalkan dalam blog untuk tatapan semua.

Monday, December 7, 2009

Seiko Chrono 6139-6012

Seiko chrono 6139 mempunyai pelbagai versi. Bukan saja warna dail yang pelbagai malah casing juga berlainan & dengan nama yang tersendiri.


Menggunakan enjin yang sama iaitu 6139 walaupun bentuk jam ni ada pelbagai. Keadaan jam masih cantik.


Sisi casing masih cantik & sempurna. Calar adalah perkara biasa untuk jam lama camni.


Crown berkeaan sempurna & tersimpan rapi. Nak adjust masa pun tak susah dengannya. Kedua-dua button chronograph berkeadaan sempurna.


Keadaan jam sempurna & cantik.


Cermin akrilik cembung berkeadaan baik. Senang nak jaga cermin jenis ni. Kalau calar pun senang nak hilangkan calar tu.


Dail gold masih sempurna walaupun terdapat sedikit kesan tua. Marker timbul & semua jarum masih berkeadaan baik. Jarum chronograph tepat pukul 12. Kalau reset, kedua-dua jarum balik ke pukul 12 dengan baik sekali.


Caseback skru dapat dibuka dengan mudah. Tiada kesan pengoksidaan padanya.


Enjin sangat bersih.


Movement 6139 dengan 17 jewels ni sangat bersih. Tapi pergerakannya sangatlah laju. Kena servis. Fungsi chronograph berfungsi dengan baik dengan kedua-dua jarum, saat & subdail tepat pukul 12.



Jenama: Seiko
Model: Chronograph
Tahun: 1970an
Casing: Stainless steel dengan diameter 37mm.
Movement: 6139. 17 jewels.
Tali: Kulit
Kondisi: Pergerakan jam sangat lancar & chronograph berfungsi baik, tapi perlu servis sebab pergerakan masa sangat laju.


Keterangan:
  • Jam ni perlu diservis disebabkan masanya yang laju. Sebenarnya jam ni aku pernah hantar untuk servis. Tapi setelah lebih kurang 4 bulan di kedai jam, jam ni tak disentuh pun oleh tukang jam aku sebab dia ada terlalu sibuk dengan jam yang banyak untuk diservis. Tak larat dah aku nak tunggu, aku ambil balik & jual kepada yang berminat.
  • Chronograph berfungsi dengan baik sekali.

NEW OWNER: En. Rizal, Mukah, Sarawak

Sunday, December 6, 2009

Preview

Jam-jam yang bakal dijual. Kesemuanya milik kawan aku & minta tolong jualkan. Kalau ada yang berminat, boleh tanya aku & rundingan harga aku akan rujuk padanya.


Dari kiri:
  • Seiko diver 6309-7290
  • Seiko Bellmatic 17 jewels (SOLD)
  • Seiko chronograph 7016-8001 (very rare)
  • Montilier (winding)
  • Carlo Cardini skeleton automatik

Segala maklumat setiap jam bakal aku ceritakan kemudian.