Perbezaan jam ni terletak pada enjinnya & juga jarum pada subdail. Subdail jam ni mempunyai 2 jarum padanya. Jarum merah subdail memberikan masa minit & putih memberikan masa jam. Namun jarum jam (putih) & saat chrono kadang-kala tidak tepat pada pukul 12. Jarum minit (merah) tidak ada masalah. Jam ni perlu diservis untuk betulkan jarumnya.... tapi bacaan waktu semasanya adalah baik sekali. Cermin akrilik cembung, masih original.
Apa yang dimaksudkan dengan flyback?
Tidak seperti 6139, button reset 6139 jika ditekan semasa mode chronograph tidak akan memberikan apa-apa kesan. Kena stop & reset... barulah jarum saat kembali ke pukul 12. Namun pada jam ni (7016), jarum saatnya akan kembali ke pukul 12 apabila ditekan & bergerak semula. Jarum saat akan reset & kembali bergerak setiap kali button ditekan. Apabila button stop ditekan & kemudian button reset ditekan... barulah jarum saat kembali pukul 12 & tak bergerak.

Perhatikan perbezaannya. Sebelah kanan adalah Seiko Helmet 6139. Sama tapi tak serupa. Satu rare (Helmet) & satu lagi sangatlah rare. Jam ni lebih rare dari Seiko "Monaco" version.
Enjin bersih & lancar pergerakannya. Engraving Seiko & nombor enjin warna merah jarang dijumpai pada jam Seiko.
Holder ring jam ni hilang. Tuan jam gantikan dengan ring plastik (putih). Kreatif juga. Sebab tanpa ring ni, enjin akan longgar & bergegar dalam casing.
Jenama: Seiko
Model: Flyback Chronograph Day-Date
Tahun: 1980an
Buatan: Jepun
Movement: 7016. 17 jewels.
Casing: Stainless steel
Tali: Kulit (bukan original)
Kondisi: Terpakai
Keterangan:
- Tiada masalah dengan bacaan waktu & fungsi chronograph. Hanya jarum sahaja yang kadang-kala kurang tepat apabila reset.
- Jam ni adalah sangat rare & lebih rare dari versi "Monaco".
- Jam ni sudah dibuat pembaikan oleh tuannya. Aku dah tengok jam ni. Cantik betul jadinya. Disebabkan itu, tuannya sudah tidak jadi menjualnya.
- Jam dikekalkan dalam blog untuk tatapan semua.