Monday, December 7, 2009

Seiko Chrono 6139-6012

Seiko chrono 6139 mempunyai pelbagai versi. Bukan saja warna dail yang pelbagai malah casing juga berlainan & dengan nama yang tersendiri.


Menggunakan enjin yang sama iaitu 6139 walaupun bentuk jam ni ada pelbagai. Keadaan jam masih cantik.


Sisi casing masih cantik & sempurna. Calar adalah perkara biasa untuk jam lama camni.


Crown berkeaan sempurna & tersimpan rapi. Nak adjust masa pun tak susah dengannya. Kedua-dua button chronograph berkeadaan sempurna.


Keadaan jam sempurna & cantik.


Cermin akrilik cembung berkeadaan baik. Senang nak jaga cermin jenis ni. Kalau calar pun senang nak hilangkan calar tu.


Dail gold masih sempurna walaupun terdapat sedikit kesan tua. Marker timbul & semua jarum masih berkeadaan baik. Jarum chronograph tepat pukul 12. Kalau reset, kedua-dua jarum balik ke pukul 12 dengan baik sekali.


Caseback skru dapat dibuka dengan mudah. Tiada kesan pengoksidaan padanya.


Enjin sangat bersih.


Movement 6139 dengan 17 jewels ni sangat bersih. Tapi pergerakannya sangatlah laju. Kena servis. Fungsi chronograph berfungsi dengan baik dengan kedua-dua jarum, saat & subdail tepat pukul 12.



Jenama: Seiko
Model: Chronograph
Tahun: 1970an
Casing: Stainless steel dengan diameter 37mm.
Movement: 6139. 17 jewels.
Tali: Kulit
Kondisi: Pergerakan jam sangat lancar & chronograph berfungsi baik, tapi perlu servis sebab pergerakan masa sangat laju.


Keterangan:
  • Jam ni perlu diservis disebabkan masanya yang laju. Sebenarnya jam ni aku pernah hantar untuk servis. Tapi setelah lebih kurang 4 bulan di kedai jam, jam ni tak disentuh pun oleh tukang jam aku sebab dia ada terlalu sibuk dengan jam yang banyak untuk diservis. Tak larat dah aku nak tunggu, aku ambil balik & jual kepada yang berminat.
  • Chronograph berfungsi dengan baik sekali.

NEW OWNER: En. Rizal, Mukah, Sarawak