Saturday, January 30, 2010

Casio Edifice Ana-digi EFA119

Casio Edifice sudah lama dikenali. Model ini adalah salah satu versi Edifice yang menampilkan Alalog-Digital sebagai paparannya. Jam akan didatangkan dengan buku manual & kotak original.


Brush finishing disulami dengan polished finishing berserta bentuk casing & dail reverse digital menampakkannya suatu jam yang cukup anggun & mahal dengan kombinasi warna hitam keseluruhan paparannya. Reverse dail menampakkan seolah-olah dailnya itu hitam & bukan digital... cool.....


Cermin plastik & cembung itu membuatkan jam nampak berkilauan apabila dibias cahaya. Chapter ring mempunyai penunjuk jam yang disadur krom.


Keseluruhan casing sempurna dengan calaran yang sangat minima. Mempunyai 5 button keseluruhannya.


Bracelet sangat sempurna & hanya mengelami calaran yang minima. Brush finishing dengan design menarik mengikut corak design casingnya itu. Clasp jenis push clasp button.


Caseback tertera fungsi serta kegunaan setiap button.... jelas & terang.


Features:
  • Termometer
  • Dual chronograph
  • Lap memory (50)
  • World time (50 negara)
  • Auto light (lampu jam akan bernyala secara automatik apabila tangan digerakkan ke sudut tertentu)

Jenama: Casio
Buatan: Dipasang di China
Movement: Quartz Japan
Bracelet: Orginal
Kondisi: Terpakai


Keterangan:
  • Keadaan jam sangat serpurna & berfungsi dengan cukup cemerlang.
  • Usia jam baru saja masuk 1 tahun. Dibeli pada 24/1/2009. Dijual bersama kotak original & buku manual.

NEW OWNER: En. Fuad, Arau, Perlis

Swatch Irony Chrono

Swatch satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan ramai orang walau yang tak minat jam sekali pun. Ia adalah satu-satunya syarikat Swiss yang menawarkan jam yang berkualiti dengan harga yang cukup berpatutan & hadir dengan design yang cukup trendy. Mungkin sebab tu namanya menjadi sebutan bagi mereka yang sukakan fesyen terkini. Ini adalah model Irony kerana casingnya diperbuat dari stainless steel.


Didatangkan dengan kotak original, termasuklah manual penggunaannya. Keseluruhan jam masih berkeadaan original.


Design dail krom dengan subdail berwarna biru. Jam ini dilahirkan pada 1995 & tarikh lahirnya tertera pada dail di nombor 6. Nak tahu tahun keluaran Swatch senang saja. Hanya lihat kat situ saja. Mempunyai fungsi chronograph yang berfungsi dengan cukup baik sekali. Tiada tarikh disediakan untuk model ini. Ketepatan masa quartz usah disangkal lagi.


Casing dengan polish finishing sangat sempurna & tanpa calar. Button mengalami sedikit 'penurunan' krom. Terdapat lubang pada lug untuk memudahkan penukaran tali dilakukan.


Ditala dengan enjin Swiss quartz dengan 4 jewels yang telah terbukti sangat reliable. Caseback hanya mempunyai ruang untuk menukar bateri sahaja. Tiada kecacatan langsung di belakangnya. Review jam ni boleh dibaca di sini.

Jenama:
Swatch
Buatan:
Swiss
Tahun:
1995
Movement:
Swiss Quartz (4 jewels)
Tali: Kulit original
Kondisi:
Terpakai


Keterangan:
  • Keadaan jam sangat sempurna & berfungsi dengan cukup cemerlang.
  • Casing sangat baik & cermin tanpa calar.
  • Jam dijaga dengan cukup elok & jarang dipakai

Thursday, January 28, 2010

Seiko Actus 7019-8010

Seiko Actus ni adalah koleksi peribadi aku yang kini dibuka untuk jualan. Hadirnya jam ini dalam hidup aku sedikit sebanyak mampu memberikan perasaan seperti abangnya Grand Seiko. Review mengenainya aku dah buat beberapa bulan yang lalu & boleh baca lanjut mengenainya di sini.


Keseluruhan dail & jarum masih cantik. Marker timbul, tarikh/hari, dail, jarum & casing mirip abangnya itu. Cermin cembung akrilik masih cantik tanpa calar. Tertera Japan & nombor enjin & model jam ni pada dail.


Bracelet original masih berkeadaan baik & clasp tampak sudah dimamah usia dengan kesan gosokkan padanya yg hampir menghilangkan nama Actus. Mungkin tuan asal nak hilangkan kesan tulisan padanya. Aku cuba baca tulisan tu tapi tak faham. Aku beli memang dah macam ni. Sebelum ni aku tukar tali kulit untuk nampak lebih eksklusif.


Crown yang tersimpan 'di dalam' casing diposisi pukul 3.5. Unik. Keseluruhan casing masih cantik tanpa calar yang nyata. Terlalu minimum kalau ada pun.


Caseback jenis vacum tapi aku tak berani buka tengok enjin memandangkan sudah ada sedikit kesan retak yang kecil padanya padanya. Aku tak perasan kesan tu sampailah jam sampai ke tangan aku. Aku carita gak pasal benda ni, tak mau berselindung. Biar pembeli jelas & transparent. Tapi aku jamin enjinnya original sebab aku beli jam ni pun dari seorang pengumpul Seiko yang otai.

Untuk bacaan lanjut mengenai jam ni, sila layari Seiko Actus 7019-8010.


Jenama: Seiko
Tahun: Dipercayai 1970an. Aku tak reti nak baca nombo kod dia.
Buatan: Jepun
Movement: Automatik. 21 jewels.
Bracelet: Original masih baik.
Kondisi: Terpakai


Keterangan:
  • Kondisi jam sangat memuaskan.
  • Running ok & menepati masa. Namun perlu cukup power reserve untuk bertahan lama sebab kalau kurang pergerakan tangan, jarum jam akan berhenti sebab tak cukup power.
  • Harga jam boleh runding & termasuk pos ke seluruh Malaysia.


NEW OWNER: Ustaz Azizi, Kluang, Johor

Timex Alarm Indiglo

Timex Alarm Indiglo ni adalah seperti jam yang pernah aku jual di sini. Keseluruhan jam masih original.


Mempunyai fungsi alarm, tarikh & lampu indiglo. Nak adjust alarm macam nak adjust jam loceng saja. Putaran bezel akan menggerakkan penunjuk alarm hitam & merah di chapter ring.


Caseback jenis vacum, menunjukkan cara untuk setting alarm.


Features:
  • Time
  • Alarm
  • Date
  • Indiglo light


Jenama: Timex
Buatan: Filipina
Movement: Quartz. Bateri CR2016.
Tali: Kulit original.
Kondisi: Terpakai


NEW OWNER: Cik Zaimah, Kangar, Perlis

Wednesday, January 20, 2010

Fortis Pilot Profesional




Fortis Pilot Profesional ini adalah jam yang sama yang aku dah review tu. Jam ini dibuka untuk jualan oleh tuannya. Saudara Zahir. Memandangkan aku tiada gambar terkini, aku guna gambar yang dah lama aku ambil.

Untuk gambar & cerita lebih lanjut, boleh baca review aku yang lepas di
Fortis Pilot Profesional


Harga yang ditawarkan boleh runding. Kondisi jam sangat memuaskan, cantik & sharp di tangan.

Tuesday, January 19, 2010

Seiko Helmet 6138

Nak tunggu aku jumpa tuan dia, aku pun agak sibuk. Aku cuma ada satu view saja jam ni. Tu pun pakai kamera henfon. Nanti ada masa, aku jumpa tuannya untuk ambil gambar. Sementara nak tunggu aku jumpa tu, harga aku bagitau siap-siap. Harga boleh runding.

Maklumat terbaru aku dapat dari tuannya, hari tak boleh quick set. Tapi dia akan advance automatically setiap 24 jam (seperti biasa).

Seiko Helmet 6138 adalah jam yang sangatlah rare. Payah nak jumpa. Kalau Helmet 6139 pun payah, ini lagilah payah. Tapi usah gusar, Helmet 6139 saudara Detikduabelas ada. Tapi 6138 tak dapat beb.