Saturday, January 30, 2010

Swatch Irony Chrono

Swatch satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan ramai orang walau yang tak minat jam sekali pun. Ia adalah satu-satunya syarikat Swiss yang menawarkan jam yang berkualiti dengan harga yang cukup berpatutan & hadir dengan design yang cukup trendy. Mungkin sebab tu namanya menjadi sebutan bagi mereka yang sukakan fesyen terkini. Ini adalah model Irony kerana casingnya diperbuat dari stainless steel.


Didatangkan dengan kotak original, termasuklah manual penggunaannya. Keseluruhan jam masih berkeadaan original.


Design dail krom dengan subdail berwarna biru. Jam ini dilahirkan pada 1995 & tarikh lahirnya tertera pada dail di nombor 6. Nak tahu tahun keluaran Swatch senang saja. Hanya lihat kat situ saja. Mempunyai fungsi chronograph yang berfungsi dengan cukup baik sekali. Tiada tarikh disediakan untuk model ini. Ketepatan masa quartz usah disangkal lagi.


Casing dengan polish finishing sangat sempurna & tanpa calar. Button mengalami sedikit 'penurunan' krom. Terdapat lubang pada lug untuk memudahkan penukaran tali dilakukan.


Ditala dengan enjin Swiss quartz dengan 4 jewels yang telah terbukti sangat reliable. Caseback hanya mempunyai ruang untuk menukar bateri sahaja. Tiada kecacatan langsung di belakangnya. Review jam ni boleh dibaca di sini.

Jenama:
Swatch
Buatan:
Swiss
Tahun:
1995
Movement:
Swiss Quartz (4 jewels)
Tali: Kulit original
Kondisi:
Terpakai


Keterangan:
  • Keadaan jam sangat sempurna & berfungsi dengan cukup cemerlang.
  • Casing sangat baik & cermin tanpa calar.
  • Jam dijaga dengan cukup elok & jarang dipakai