Thursday, January 28, 2010

Seiko Actus 7019-8010

Seiko Actus ni adalah koleksi peribadi aku yang kini dibuka untuk jualan. Hadirnya jam ini dalam hidup aku sedikit sebanyak mampu memberikan perasaan seperti abangnya Grand Seiko. Review mengenainya aku dah buat beberapa bulan yang lalu & boleh baca lanjut mengenainya di sini.


Keseluruhan dail & jarum masih cantik. Marker timbul, tarikh/hari, dail, jarum & casing mirip abangnya itu. Cermin cembung akrilik masih cantik tanpa calar. Tertera Japan & nombor enjin & model jam ni pada dail.


Bracelet original masih berkeadaan baik & clasp tampak sudah dimamah usia dengan kesan gosokkan padanya yg hampir menghilangkan nama Actus. Mungkin tuan asal nak hilangkan kesan tulisan padanya. Aku cuba baca tulisan tu tapi tak faham. Aku beli memang dah macam ni. Sebelum ni aku tukar tali kulit untuk nampak lebih eksklusif.


Crown yang tersimpan 'di dalam' casing diposisi pukul 3.5. Unik. Keseluruhan casing masih cantik tanpa calar yang nyata. Terlalu minimum kalau ada pun.


Caseback jenis vacum tapi aku tak berani buka tengok enjin memandangkan sudah ada sedikit kesan retak yang kecil padanya padanya. Aku tak perasan kesan tu sampailah jam sampai ke tangan aku. Aku carita gak pasal benda ni, tak mau berselindung. Biar pembeli jelas & transparent. Tapi aku jamin enjinnya original sebab aku beli jam ni pun dari seorang pengumpul Seiko yang otai.

Untuk bacaan lanjut mengenai jam ni, sila layari Seiko Actus 7019-8010.


Jenama: Seiko
Tahun: Dipercayai 1970an. Aku tak reti nak baca nombo kod dia.
Buatan: Jepun
Movement: Automatik. 21 jewels.
Bracelet: Original masih baik.
Kondisi: Terpakai


Keterangan:
  • Kondisi jam sangat memuaskan.
  • Running ok & menepati masa. Namun perlu cukup power reserve untuk bertahan lama sebab kalau kurang pergerakan tangan, jarum jam akan berhenti sebab tak cukup power.
  • Harga jam boleh runding & termasuk pos ke seluruh Malaysia.


NEW OWNER: Ustaz Azizi, Kluang, Johor