Monday, March 22, 2010

Zodiac Clebar chronograph winding

Zodiac... suatu nama yang tidak asing lagi. Namun Zodiac Clebar dengan fungsi chronograph terasa asing kerana sangat sukar dijumpai dengan keadaan yang begitu cantik begini.


Kondisi jam sangat memuaskan hati.


Mempunyai rupa yang cukup eksklusif & nampak begitu standart. Bentuk begini nampak cukup fresh bagaikan model baru keluar. Seperti tidak percaya bahawa umurnya hampir setengah abad.


Cermin akrilik yang cembung melindungi dail & jarum berkeadaan sangat baik.


Push button & crown adalah original.


Mempunyai dail yang sangat bersih serta jarum yang juga berkeadaan baik. Jarum saat & minit akan balik tepat pukul 12 apabila reset chrono dia.


Seperti jam vintage lain, hujung jarum saat & minit sedikit melengkung ke bawah.


Casing berkeadaan baik & warna emasnya berkeadaan sangat baik tanpa kesan luntur pada mana-mana bahagian.


Tali kulit bukan original namun tali yang digunakan padanya ini adalah dari kulit burung unta & kalis air.



Keadaan enjin bersih & berfungsi dengan lancar.


Sistem mekanikal berfungsi dengan cukup harmoni menepati masa & mengasyikkan untuk dipandang.


Gandingan klasik dua bangsa yang cukup menawan.


Jam tampak cukup anggun apabila dikenakan pada tangan. Gabungan indah rupa & fungsi memberikan kepuasan kepada siapa yang memilikinya. Cukup enak dipandang mata apatah lagi jika memakainya.


Jenama: Zodiac
Model: Clebar
Tahun: 1960an
Movement: Kunci
Tali: Kulit (bukan original)
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

NEW OWNER: Kawan kepada penjual

Saturday, March 20, 2010

Seiko kuning 7005

Suatu model vintage yang elegant untuk dimiliki. Harga pun tak mahal.


Gabungan casing dengan dail kuning berkilat ini suatu yang jarang dijumpai pada Seiko.


Rupanya yang ringkas dengan casing polished finishing menaikkan rupanya yang sedia cantik itu.


Keadaan casing masih baik & crown terselit di dalam casing mamberikan bentuk yang aerodinamik. Ermmm.....


Caseback jenis skru berkeadaan baik. Tertera tarikh lahirnya Oktober 1979.


Enjin 17 jewels berkeadaan baik & berfungsi dengan cukup cemerlang.


Jenama: Seiko
Model: 7005
Tahun: 1979
Movement: automatik
Tali: kulit (terpakai)
Kondisi: Terpakai


-SOLD-

Thursday, March 18, 2010

Citizen Mickey Mouse

Seiko keluar dengan Bull Head, Citizen pula menjawab dengan Mickey Mouse. Ia juga dikenali sebagai Bull Head bagi sesetengah orang.


Saiznya yang jauh lebih kecil dari Seiko Bull Head ini, menjadikannya sesuai untuk semua orang.


Chronograph berfungsi dengan baik. Mempunyai subdail bacaan 30 minit (pukul 3) & 12 jam (pukul 9). Nombor tachymeter sekeliling dail tak berapa nampak. Aku perasan macam ia telah di hitamkan dengan marker pen. Aku cerita apa yang patut. Aku tak mau ada yang syak yang bukan-bukan pada aku. Biar telus memandangkan pembeli hanya tengok gambar.


Jarum berkeadaan cukup baik. Jam didatangkan dengan dail berwarna peach berkeadaan baik melainkan apa yang dinyatakan di atas.


Crown bertanda CTZ (Citizen) & push button adalah original berkeadaan & berfungsi dengan baik.


Keadaan casing tiada apa cacat cela. Sedikit calar adalah keciasaan untuk jam tua ini.


Bracelet original.


Enjin 23 jewels ini memberikan fungsi chrono yang baik & menepati waktu.


Jenama: Citizen
Model: Chronograph
Tahun: 1970an
Movement: Automatik & kunci
Bracelet: Original
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-



Monday, March 15, 2010

Enicar automatik

Satu lagi Enicar untuk dijual. Keseluruhan adalah original.


Dail coklat dengan tona putih cantik dipandang mata. Rupanya nampak gagah untuk jam seusianya. Brush finishing hanya di bahagian atas casing & polished di sisinya.


Marker timbul & jarum keemasan itu sangat serasi dengan warna dail itu.


Cermin akrilik cembung memberikan biasan cahaya yang menarik untuk jam vintage.


Bracelet adalah jenis solid masih berkeadaan baik. Crown bertanda logo Enicar. Boleh lihat sisi casing adalah polished finishing.


Kebiasaan caseback Enicar dibuat sebegitu rupa. Perlu menggunakan pembuka caseback yang sesuai untuknya. Caseback tak buka sebab pembuka yang ada tu tak sesuai membukanya. Dijamin enjinnya adalah original oleh tuannya.


Jenama: Enicar
Tahun: 1970an
Movement: Automatic
Bracelet: Original
Kondisi: Terpakai



Thursday, March 11, 2010

RM1 istimewa...

Belum pernah terfikir nak masukkan duit dalam blog aku. Tapi untuk memenuhi permintaan, aku masukkan juga koleksi duit RM1. Tengok rupa depan dia nampak biasa saja. But don't judge a book by its cover...


Nombor siri 1 kesemuanya ini tak boleh cari lagi di mana-mana satu Malaysia untuk RM1.


Siri 7


Siri 8


Siri 9


Angka ke 10 juta.


Ke semua koleksi duit ini adalah milik En. Sanusi. Menurutnya pun sangat susah untuk dia dapatkannya juga. Duit-duit ini adalah untuk dijual & dijual dengan koleksi lengkap setiap satu siri sebanyak 10 keping.

Harga tak dinyatakan di sini. Sila tawarkan harga kepadanya. Jika dia bersetuju, akan dijual kepada yang berminat mengikut harga yang telah dirunding.






Wednesday, March 10, 2010

Cyma Chronometer winding

Cyma adalah suatu nama yang tidak asing lagi. Sampai sekarang masih dikeluarkan. Tiada yang baru kalau tiada yang lama. Inilah yang ingin di maksudkan aku. Cyma Chronometer ini adalah model military.


Bersaiz medium, ia mempunyai rupa yang sangat menarik pada aku. Aku gandingkan dia dengan Omega Seamaster sebagai bandingan.


Keadaan casing dengan gold plated sangat memuaskan hati.


Jam ini didatangkan dengan fixed lug. Menggunakan dail porcelin, tertera nombor yang jelas padanya itu. Subsecond bergerak lancar & memberikan bacaan waktu yang baik. Terdapat sedikit kecacatan pada dail di sekitar nombor 10 & 11.


Keadaan keseluruhan sangat menuaskan tanpa kecacatan kekal. Cantik dipandang pada setiap ruang penjuru.


Keseluruhan jam adalah original. Mempunyai cermin akrilik cembung yang berkeadaan baik.


Perlu gunakan pisau untuk membuka casebacknya. Hanya tertera nombor sirinya saja.


Enjin jenis winding ini mendapat pengiktirafan chronometer. Keadaan enjin keseluruhannya adalah original & berfungsi dengan sangat baik.


Jenama: Cyma
Tahun: 1945
Movement: Kunci. Chronometer
Tali: Military
Kondisi: Terpakai



Thursday, March 4, 2010

Tell Chronograph winding

Tell... suatu lagi jenama Swiss yang jarang sekali dengar. Tengok-tengok model chronograph terus.


Model vintage chronograph selalunya mempunyai persamaan samada pada dail mahupun subdail. Ada yang enjin yang berlainan & ada juga yang guna enjin sama... namun pada waktu itu, influence ciri-ciri dari jenama lain adalah kebiasaan. Bukan saja model chronograph, model-model lain juga turut mempunyai persamaan antara jenama.


Ukuran anggaran saiznya boleh dibandingkan dengan duit syiling 50 sen ini.


Dail mempunyai kesan penuaan yang kebiasaan kepada model vintage Swiss. Itulah yang menampakkan klasiknya jam ini.


Jam tampak anggun dalam banyak pandangan. Button chronograph dapat ditekan dengan baik sekali tanpa rasa takut tercabut atau tenggelam terus.


Keadaan sisi masih memuaskan.


Jam ini tak mahu cerita banyak.... hanya maklumat ringkas tertera pada caseback. Perlu guna pisau untuk membukanya.


Keadaan enjin bersih & berfungsi dengan baik.


Aku memang cukup suka belek enjin jam chrono. Nampak begitu complicated.


Jenama: Tell
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti
Movement: Winding
Tali: Kulit terpakai
Kondisi: Terpakai