Monday, March 22, 2010

Zodiac Clebar chronograph winding

Zodiac... suatu nama yang tidak asing lagi. Namun Zodiac Clebar dengan fungsi chronograph terasa asing kerana sangat sukar dijumpai dengan keadaan yang begitu cantik begini.


Kondisi jam sangat memuaskan hati.


Mempunyai rupa yang cukup eksklusif & nampak begitu standart. Bentuk begini nampak cukup fresh bagaikan model baru keluar. Seperti tidak percaya bahawa umurnya hampir setengah abad.


Cermin akrilik yang cembung melindungi dail & jarum berkeadaan sangat baik.


Push button & crown adalah original.


Mempunyai dail yang sangat bersih serta jarum yang juga berkeadaan baik. Jarum saat & minit akan balik tepat pukul 12 apabila reset chrono dia.


Seperti jam vintage lain, hujung jarum saat & minit sedikit melengkung ke bawah.


Casing berkeadaan baik & warna emasnya berkeadaan sangat baik tanpa kesan luntur pada mana-mana bahagian.


Tali kulit bukan original namun tali yang digunakan padanya ini adalah dari kulit burung unta & kalis air.



Keadaan enjin bersih & berfungsi dengan lancar.


Sistem mekanikal berfungsi dengan cukup harmoni menepati masa & mengasyikkan untuk dipandang.


Gandingan klasik dua bangsa yang cukup menawan.


Jam tampak cukup anggun apabila dikenakan pada tangan. Gabungan indah rupa & fungsi memberikan kepuasan kepada siapa yang memilikinya. Cukup enak dipandang mata apatah lagi jika memakainya.


Jenama: Zodiac
Model: Clebar
Tahun: 1960an
Movement: Kunci
Tali: Kulit (bukan original)
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

NEW OWNER: Kawan kepada penjual