Model vintage chronograph selalunya mempunyai persamaan samada pada dail mahupun subdail. Ada yang enjin yang berlainan & ada juga yang guna enjin sama... namun pada waktu itu, influence ciri-ciri dari jenama lain adalah kebiasaan. Bukan saja model chronograph, model-model lain juga turut mempunyai persamaan antara jenama.
Dail mempunyai kesan penuaan yang kebiasaan kepada model vintage Swiss. Itulah yang menampakkan klasiknya jam ini.
Jam tampak anggun dalam banyak pandangan. Button chronograph dapat ditekan dengan baik sekali tanpa rasa takut tercabut atau tenggelam terus.
Jam ini tak mahu cerita banyak.... hanya maklumat ringkas tertera pada caseback. Perlu guna pisau untuk membukanya.
Jenama: Tell
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti
Movement: Winding
Tali: Kulit terpakai
Kondisi: Terpakai