Thursday, February 25, 2010

Omega Seamaster rose gold

Omega Seamaster automatik ini juga untuk dijual oleh kawan aku.



Casing stainless steel ini adalah rose gold plated. Perbezaan warna rose gold dengan gold sangat ketara. Aku gandingkan dengan Cyma ini sebagai bandingan.


Syiling 50 sen aku gunakan sebagai anggaran saiz jam ini.


Dail putih cream ini bersih & ringkas. Rupanya itu sangat eksklusif & sangat cantik. Marker timbul keemasan ini menaikkan lagi rupanya itu.


Keadaan casing masih baik tanpa kecacatan ketara.


Crown asli Omega berwarna keemasan.


Crown bertanda logo Omega. Namun sudah terkeluar sedikit warnanya itu. Padanlah dengan usianya yang tua itu.


Caseback jenis skru. Aku agak kecewa kerana tak dapat tengok enjin jam ni. Tuannya dah cuba banyak kali untuk bukanya. Sampai berkerut & mengeluh tuannya nak cuba buka, tapi tak boleh. Aku tak berani nak cuba buku, dah la jam orang. Mau tercabut apa-apa yang tak patut.... terpaksa aku yang beli... kekeke.... Tuannya jamin enjinnya asli...

Jenama: Omega
Model:
Seamaster
Tahun:
1950an
Movement:
Automatik
Casing: Stainless steel rose gold
Tali: Kulit. Bukan original.


-SOLD-