Tuesday, February 23, 2010

Rolex Oyster Royal winding

Ini adalah model Rolex pertama & rare masuk ke dalam blog aku untuk jualan. Baru petang tadi aku jumpa kawan aku ni untuk memenuhi permintaan rakan-rakan yang berminat melihatnya dengan lebih lanjut.


Casing adalah gold plated 40 micron.


Duit syiling 50 sen sebagai anggaran saiz jam ni. Aku tak bawa pembaris untuk ukur...


Calar pada casing untuk jam lama adalah biasa. Namanya itu sendiri sudah dapat mengaburi yang lain.


Jam nampak sangat ekslusif & bergaya. Keadaan jam ringkas namun sangat bergaya. Sesuai dengan namanya itu.


Crown sign masih berkeadaan baik. Posisi ini menunjukkan keadaan sisinya.


Caseback skru dengan 'gigi' halus ini perlu menggunakan alat khas untuk membukanya. Kebiasaan Rolex, tiada apa yang tercatat pada caseback. Ringkas.


Bahagian dalam caseback tercatat maklumat penting. Tertulus tarikh terakhir ianya di servis iaitu 01/03/1978...


... walaupun sudah lama diservis, tengok saja keadaan enjinnya itu. Beroperasi dengan sangat cemerlang. Enjin jenis kunci ini mempunyai 17 jewels.



Gambar-gambar close-up ini menenjukkan keoriginalan jam ini.... anda sendiri menilainya...


Jenama: Rolex
Model: Oyster Royal
Tahun: 1950
Casing: Gold plated 40 micron
Movement: Kunci. 17 jewels.
Tali: Kulit. Bukan ori.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -