Thursday, February 4, 2010

Seiko Helmet 6138

Jika model 6138 adalah rare..... Seiko Helmet 6138 ini adalah super rare. Mungkin satu-satunya ada di Perlis.... ataupun di utara Semenanjung. Kali ni aku berkesempatan untuk buat photoshoot dengan model yang kian pupus ini.


Tergolong dalam keluarga Seiko 5 Sport Speed Timer, ia dibaluti dengan casing berkonsepkan helmet. Seperti adiknya Seiko Helmet 6139 yang sudah rare, ia adalah lebih rare & sukar didapati di mana-mana pun.

Sedikit kesan penuaan terdapat pada dail. Marker & jarumnya pula telah di relume oleh tuannya. Casing diperbuat sepenuhnya daripada stainless steel. Mempunyai diameter casing 41mm dengan saiz lug to lug 48mm.



Cermin mineral hardlex masih berkeadaan baik tanpa calar. Ia sedikit timbul dari permukaan casing. Mempunyai 2 button utama untuk fungsi chronograph. Kedua-dua button berkeadaan baik (ambil dari Seiko UFO).


Keseluruhan casing masih berkeadaan baik. Bentuk helmet ini sangat mengujakan kerana tiada jam seumpamanya. Sebenarnya cermin jam ni bukanlah flat, tapi sedikit cembung.


Caseback tertera nombor sirinya. (Bro Sukajam, mohon translate umurnya...hehehe...)


Movement 6138 dengan 21 jewels ini berfungsi dengan cukup cemerlang. Chronograph berfungsi dengan cukup baik.... malah lebih baik dari Tissot chrono menurut tuannya. Penentuan tarikh secara quick set, tetapi hari perlu pusing jarum 24 jam untuk mengubah tarikhnya. Seperkara yang istimewa padanya, enjin ini boleh wind. Suatu ciri yang cukup berguna untuk jam automatik. Jarang sekali jam Seiko ada fungsi ini.



Helmet 6138 vs Hemlet 6139

From concept to caliber..... Kedua-duanya mempunyai konsep yang sama tetapi enjin yang berbeza.


Perbezaan nampak pada kedua-duanya. Perbezaan pada dailnya paling ketara. 6138 mempunyai 2 subdail, manakala 6139 hanya mempunyai satu subdail sahaja. Saiz dail juga berbeza. 6138 juga mempunyai saiz casing yang lebih besar, sesuailah dengan lebihnya ciri padanya itu. Jika 6139 mempunyai crown yang terselit 'di dalam' casing, 6138 mempunyai crown seperti kebiasaannya yang jauh lebih mudah untuk digunakan berbanding 6139 yang pada aku lebih untuk estatika saja.


Saiz casing 6138 yang lebih besar itu memuatkan enjin yang lebih besar beserta fungsi yang lebih. Rupa helmet sangat ketara dalam posisi ini.


Jika enjin 6138 boleh wind, enjin 6139 tidak boleh wind. Kena goncang & rajin pakai untuknya sentiasa bergerak.


Jenama: Seiko
Buatan: Jepun
Movement: 6138. 21 jewels. Boleh wind. Berfungsi cemerlang.
Casing: Stainless steel. Diameter 41mm (tidak termasuk crown)
Tali: Kulit. Terpakai.
Kondisi: Terpakai.


Keterangan:
  • Tuannya nak simpan jam ni....