Epos Sportive yang ditampilkan ini merupakan jam milik kawan aku.
Dari segi rupa, tak tumpah seperti Rolex Submariner. Namun dari segi saiz, ianya berbeza kerana ia berdiameter 44mm. Suatu ketika dulu, aku pernah review jam ini.
Sila layari link di bawah ini:
Jam ini akan disertakan kotak kayu asli seperti falam gambar. Ianya tersemat rapi menenti pembeli yang bertuah.... Menurut seller Epos aku dulu, model 3396 ini sudah dihentikan pengeluarannya.
Rupanya elegant & smart. Mempunyai rupa yang macho & sangat sesuai digayakan ke tempat kerja walaupun ianya adalah jam diver 200m.
Saiznya yang besar itu sangat sesuai untuk mereka yang sukakan jam bersaiz besar.
Dial hitam flat dengan cermin sapphire serta jarum Mercedes memberikan rupa mewah padanya. Ia dipacu oleh movement ETA 2824-2 yang telah terbukti ketahanannya sejak berpuluh tahun lalu.
Crown jenis screw-down bersaiz besar untuk memudahkan pengendaliannya.
Crown tanda tanda berkeadaan baik. Keadaan casing sangat memuaskan hati.
Bezel uni-directional ini mempunyai 60 klik berkeadaan baik & memuaskan.
End link bracelet sangat kemas dibuat pada jam ini & nampak cukup fit pada lug.
Keadaan bracelet masih baik & memuaskan. Hanya terdapat sedikit calar sahaja.
Jam ini masih dalam warranty (lihat saja tarikh pembeliannya) & turut didatangkan dengan surat beranak.
Jenama: Epos
Model: Sportive 3396
Casing:
- Stainless steel.
- Diameter 44mm (tidak termasuk crown)
Movement: ETA 2824-2
Tali: Bracelet original Epos
Kondisi: Terpakai. Memuaskan.
Harga: - SOLD -