Wednesday, September 21, 2011

Omega De Ville automatik

Lama rasanya aku tak update blog ni.. kali ni Omega De Ville menjadi santapan pertama setelah beberapa lama suram dengan update..



 De Ville merupakan salah satu siri keluaran Omega yang telah bermula pengeluarannya berpuluh tahun lalu & pada tahun 1999 mereka mula menghidupkan kembali model ini dengan kelahiran model baru yang lebih moden.


 Keseluruhan jam ini adalah original termasuklah talinya. Keadaan jam sangat cantik dengan warna keemasan yang 'tidak turun' di mana-mana bahagian. Tidak ada bahagian yang terjejas lagi.


 Dilengkapi dengan movement automatik, penentuan masa jam ini masih baik.


Dial bersih dengan sedikit kesan patina. 

Cermin jam Omega ini masih original. Boleh nampak logo Omega pada cerminnya.



 Casing berkeadaan baik tanpa kesan calar mahupun warna emas yang turun.


 Crown original berlogo Omega berkeadaan sangat baik.


 Caseback jenis skru dengan logo Seamaster. Namun aku tak dapat membukanya untuk melihat movement kerana terlalu ketat. Namun tuannya berani jamin ianya adalah original.


Seperti yang dikatakan sebelum ini, talinya juga adalah original. Agak sukar untuk mendapatkan jam Omega yang masih utuh bersama tali originalnya kini.



Jenama: Omega
Model: De Ville
Tahun: 1970an
Movement: Automatik.
Tali: kulit original.
Kondisi: Terpakai