Tuesday, October 18, 2011

Longines 1 button chronograph


Ini merupakan suatu jam yang cukup rare & sangat istimewa. Dengan dial patina serta mempunyai sub-second, sangat sesuai kepada mereka yang meminati jam seumpama ini.


Muka yang dimamah usia ini mempunyai sejarahnya senditi. Walau sudah tua, ia masih nampak cantik & menggiurkan....


Ia merupakan jam chronograph awal dengan 1 button. Ia masih berfungsi & kiraannya agak berlainan dari kebiasaan jam chronograph lain. 


Semasa aku mula melihatnya, aku agak terkejut dengan jam ini kerana tak menyangka ia adalah jam chronograph. Ini ialah push button untuk chronograph.


Ia hanya mempunyai 1 register dimana ia merupakan sub-second & bukannya register minit chronograph. Jarum saat (panjang) itu akan bergerak setiap satu minit apabila jarum sub-second bergerak 60 saat. Apabila jarum panjang itu mengelilingi satu pusingan jam, ia akan memberi bacaan 60 minit.


Crown original & keadaan casing masih baik walau terdapat kesan warna emas yang telah 'turun' di beberapa bahagian.


Casingnya masih baik & boleh dihantar kepada pakai untuk sadurkan semula emasnya.


Caseback jenis snap-on masih berkeadaan baik.


Bahagian dalam caseback dihiasi dengan finishing perlage. Movementnya berfungsi baik & bersih.


Komplikasi yang ada pada movement ini sangat istimewa. Satu koleksi yang hebat untuk dimiliki.


Jenama: Longines
Model: Chronograph 1 button
Tahun: 1960an
Movement: Kunci (winding)
Tali: kulit
Kondisi: Terpakai