Ini merupakan Zodiac paling unik & cantik pernah aku lihat.
Cantik bukan sahaja pada casingnya yang masih cun, tapi bentuknya & kesesuaian warna dialnya yang nampak cukup harmoni dengan bentuknya itu.
Dial berwarna biru ditandai dengan titik berwarna merah di antara pukul 4 & 5 yang membawa maksud ia adalah model hi-beat.
Dial berwarna biru mempunyai tekstur & berkeadaan bersih. Marker timbul & jarum masih baik. Dial juga nampak unik dengan lurah horizontal di tengahnya.
Keadaan casing heksagon ini sangat cantik & memuaskan. Crown original berlogo Zodiac.
Bracelet original masih berkeadaan baik & memuaskan.
Terus terang aku cakap, pemaikaian jam ini sangat selesa.
Caseback mempunyai sentuhan polish finished adalah jenis snap-on.
Movement automatik berfungsi baik & bersih.
Salah satu ciri movement hi-beat ialah mempunyai diameter balance wheel yang kecil & gerakannya sangat laju. Sebenarnya aku tak pasti mengapa logo Omega ada di escapementnya. Pemiliknya juga tidak dapat memastikannya. .
Jenama: Zodiac
Model: SST 36000 Hi-Beat
Tahun: 1980an
Movement: Automatik hi-beat.
Bracelet: original.
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.