Spesis terakhir 6138 yang ingin aku lepaskan sudah berada di kemuncaknya... yang tinggal hanyalah UFO buat tatapan 6138 buat aku... Jam ini sudah diancam kepupusan & sukar untuk dijumpai lagi... rebutlah pelung sementara masih ada sekiranya terkenan dihati....
Keadaan jam sangat memuaskan & berfungsi dengan cukup baik. Perkara penting dalam pembelian jam chronograph adalah setting chrono perlu dipastikan akan balik ke 0 selepas reset. Ini suatu petanda komponen movement berada dalam keadaan baik.
Dial hitam putih menaikkan rupanyanya hensem itu. Penukaran hari untuk jam ini adalah Arab/English. Ada beberapa versi tukaran tarikhnya... & ini adalah salah satunya.
Keadaan casing sangat memuaskan.
Paparan caseback bersih & nombor surat beranak tertera dengan jelas.
Movement bersih & berfungsi dengan cukup baik. Suatu keistimewaan movement ini, ianya boleh kunci (wind), dimana ciri ini tidak dibekalkan pada movement 6139.
Jenama: Seiko
Model: 6138 Panda
Casing:
- Stainless steel
- Diameter 40mm (tidak termasuk crown)
Movement: Chronograph automatik & kunci.
Tali: kulit (Made In Germany) 18mm.... Saiz lug 19mm.
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -
NEW OWNER: En. Zuhaimie, Pahang