Tissot Seastar ini berkeadaan sangat cantik. Kondisinya sangat memuaskan & telah menjalani proses servis beberapa bulan yang lalu.
Casing stainless steel berkeadaan sangat memuaskan hati & brushed finishing pada bahagian atasnya berkeadaan sangat baik. Diameter casing ialah 36mm (tidak termasuk crown).
Dial biru memberikan aura & perasaan yang menenangkan apabila melihatnya. Model Seastar masih diteruskan pengeluarannya sehingga kini & ciri-ciri klasiknya masih dikekalkan pada model terbaru mereka.
Hour marker dibuat unik seolah-olah ianya terapung.
Hour marker tersebut dibuat pada chapter ring. Terdapat ruang antara hour marker & dial. Amat berlainan pembinaannya berbanding kebiasaan jam lain yang di buat di atas dial. Keadaan dial bersih & memuaskan. Aku tidak pasti jarumnya itu adakah original atau tidak kerana ada yang jarum saat berwarna merah & ada juga tidak semasa google di internet. Mungkin itu kepelbagaian yang dibuat padanya.
Penukaran tarikh & hari bukannya quick set mahupun non-quick set. Crown perlu diputarkan 24 jam sehingga ianya bertukar. Jika tarikh telah dibetulkan & hari pula tidak betul... untuk betulkan hari pula, crown perlu diputarkan melawan arah jam sehingga harinya bertukar (tarikh tidak akan bertukar dalam proses ini). Putarlah sehingga hari itu berada seperti yang sepatutnya. Kebiasaan aku pakai jam yang macam ni, aku tidak hiraukan tarikh/harinya.. aku hanya adjust masa saja. Hehe...
Bahagian sisi casing di polished dengan baik & crown bertanda 'T' adalah original.
Cermin akrilik cembung berkeadaan baik. Terdapat lubang pada sisi lug untuk memudahkan penukaran tali. Talinya kini memberi rupa yang menarik padanya berbanding tali yang pernah digunakan.
Caseback jenis skru & berkeadaan memuaskan. Memerlukan pembuka caseback khas untuk membukanya.
Bahagian dalam caseback mempunyai engrave sepertimana gambar kecil. Keadaan movement sangat bersih & memuaskan hati. Berfungsi dengan cemerlang.
Movement ini telah diservis beberapa bulan yang lalu.
Jenama: Tissot
Model: Seastar PR516
Casing:
- Stainless steel
- Diameter 36mm (tidak termasuk crown)
Movement: Automatik. 17 jewels.
Tali: kulit
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -