Casio G-Shock DW5600 atau seumpamanya masih dikeluarkan sehingga kini. Design klasik masih dikekalkan sebagai pedoman untuk model-model berikutnya. Mempunyai design yang evergreen yang tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas.... membuatkan ramai masih meminatinya & masih mempunyai tempat di hati peminat sekalian.... dengan permintaan yang sentiasa ada menunjukkan ia masih popular.
Suatu keistimewaan model G-Shock terutamanya model ini, casing/body/bezelnya boleh ditukar sekiranya rosak atau pecah. Tak terlepas dengan jam ini, ia juga telah diberikan 'baju' baru & seluar baru. Boleh layari link di bawah untuk melihat apa yang telah dilakukan padanya.
Dengan penukaran 'baju' baru, ia tampak segak, kemas & kembali seperti baru.
Suatu yang istimewa pada jam ini & membuatkannya berbeza dari model pasaran sekarang ialah, ia merupakan model JDM di mana perbezaan terletak pada tulisan FOX FIRE. Hanya model JDM saja yang mempunyai perkataan itu pada dial di mana untuk pasaran antarabangsa, ke semuanya tertulis ILLUMINATOR.
Tak beberapa lama dahulu, aku juga pernah membuat suatu projek reverse dial pada jam ini. Tujuannya untuk 'terbalik'kan LCD kepada latarbelakang hitam. Di sebabkan tak berjaya, aku pasang semula filem tersebut namun telah mengalami renyukkan.
Namun, sekarang ini aku telah memasang semula filem baru & ia kembali kepada asal. Suatu yang menarik semasa membaik pulih filem itu, aku telah berjaya mandapatkan cara yang betul membuat reverse dial itu. Tapi tak apalah, aku buat ia seperti sedia kala semua.
Lampu illuminator Casio memang sudah terbukti terang. Aku rasa autolight dia sudah tak berfungsi. Namun fungsi lain berkeadaan sangat sempurna.
Caseback jenis skru di empat penjuru. Walaupun ia model JDM tapi ia buatan Korea. Sama macam beberapa model JDM sekarang, ia tetap buatan Thailand. Talinya aku potong sedikit pada bulatan merah untuk memberi sedikit ruang supaya tali tidak menolak casing. Apa yang berlaku sebelum ini, pemasangan tali tersebut telah menyebabkan spring bar bengkok akibat ia tidak selari dengan lubang pada lug. Bila potong sedikit, spring bar terpasang dengan elok & menghilangkan risiko jam tercabut semasa memakainya.
Spec:
- Kalendar
- Alarm
- Stopwatch
- Timer
- Water resist 200 meter
Jenama: Casio
Model: G-Shock DW-5600
Casing: Resin
Tali: getah aftermarket
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -
NEW OWNER: En. Shaharuddin, Johor