Satu model yang telah lama dihentikan pengeluarannya iaitu ALT-8200 hadir dalam blog ini. Model ini mempunyai kelebihan seperti pada namanya Twin Sensor. Mempunyai keupayaan mengesan 2 jenis aktiviti iaitu termometer & altimeter (ketinggian dari aras laut).
Penampilan sensor yang dibuat terdedah begini memberikan rupa garang & suatu penanda bahawa ia bukanlah jam 'biasa'.
Design jam tampak sangat berlainan berbanding kebanyakan jam di pasaran. Penampilannya tampak ia adalah suatu jam yang serius. Casing nampak 2 tona, hitam & kelabu di mana bezel hitam itu di lekatkan pada casing dengan 4 skru. Bezel terasa macam longgar namun sebenarnya ianya ketat kerana skru berada pada tahap maksimum.
Panampilannya istimewa & tampil dengan 4 push button.
Keadaan casing sangat memuaskan & talinya masih original serta masih berkeadaan baik.
Penampilan 2 LCD berbeza saiz serta warna ini memberikan rupa ia adalah suatu tool watch. LCD atas akan memaparkan graf altimeter apabila berada dalam MODE altimeter.
Bateri telah ditukar baru & masih terdapat kesan gam stiker pada caseback.
Jam ini pernah aku review satu ketika dulu. Layari link di bawah untuk maklumat lanjut:
Spec:
- Twin Sensor
- Alarm ( 5 daily alarms)
- Stopwatch
- Microlight
- Water resist 100 meter
Jenama: Casio
Model: Twin Sensor ALT-8200
Tali: getah original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan. Buku panduan akan dibekalkan.
Harga: - SOLD -
NEW OWNER: En. Yassim, Terengganu