Doxa cukup terkenal dengan jam diver mereka. Berbeza dengan model Sub lagenda mereka, Doxa Sub pasaran Asia jauh berbeza designnya, spesifikasi mahupun harganya. Model ini bukanlah model Sub, tapi adalah model Trofeo. Namun bukanlah sebarang Trofeo kerana ia adalah model limited edition.
Rupanya dressy & casual. Cantik untuk digayakan ke tempat kerja mahupun majlis keramaian. Model yang dipaparkan ini merupakan model edisi terhad sempena 120 tahun penubuhan Doxa semenjak tahun 1889. Model ini dikeluarkan pada tahun 2009 khas untuk meraikan kejayaan pengekalan penubuhan mereka atas muka bumi.
Ia diberi sentuhan PVD coating pada keseluruhan casing termasuklah bracelet. Dengan dial yang juga berwarna hitam, ia tampak kacak untuk digayakan.
Paduan corak dial tenggelam timbul menimbulkan suasana yang indah untuk dipandang. Paparannya dibuat sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan pada jam ini.
Cerminnya adalah dari jenis sapphire.
Kekemasan butterfly clasp ini memudahkan pemakaian jam & memastikan penguncian yang kemas.
Caseback dibuat dengan begitu baik & info digarap sesuai dengan keadaan jam ini. Movement yang digunakan adalah dari ETA 2824 yang merupakan movement yang cukup dipercayai & reliable.
Jenama: Doxa
Model: Trofeo
Casing:
- Stainless steel dengan PVD coating
Movement: ETA 2824
Tali: bracelet
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -