Thursday, February 10, 2011

Epos Sportive 3396

 Model ini merupakan rangkaian dalam siri Sportive. Terdapat beberapa model dalam siri ini & Epos menggunakan kod nombor sebagai penentuan model jam mereka...


 Model Sportive ini dengan kod 3396 merupakan model yang kini sudah dihentikan pengeluarannya.


 Cermin flat sapphire ini tidak mempunyai lapisan anti reflektif. Dial hitam adalah matte (tidak berkilat) adalah satu-satunya siri yang dikeluarkan untuk model ini. Ia merupakan jam diver dengan kekuatan selaman ke tahap 200m.


 Luminous dalam gelap terang namun tidaklah sama taraf dengan Seiko (lebih terang & tahan lama). 


 Casing berdiameter 45mm (tidak termasuk crown). Keadaan casing sangat baik & memuaskan.


 Crown tidak bertanda besar & memudahkannya dikendalikan. Bezel dengan gerakan sehala berkeadaan baik & mempunyai putaran 60 klik.


 Bracelet solid berkeadaan memuaskan. Hanya beberapa link sahaja yang mempunyai lubang pin.


 Sambungan end-link bracelet pada lug sangat baik buatannya & kemas. Ianya dibuat dengan sangat tepat & tiada ruang. Clasp mempunyai sedikit calar... adalah perkara biasa untuk bracelet. Extension clasp dikikir sedikit (bulatan merah) untuk membolehkan micro-adjustment clasp dibuat pada tahap paling minima. 


 Caseback nipis dengan polished finishing bukan saja berkilat bak cermin malah ia menjadikan jam tampak nipis & sangat selesa di pergelangan tangan.


Jam ini didatangkan dengan set lengkap termasuklah certificate (gambar kecil)... 


Jenama: Epos
Model: Sportive 3396
Buatan: Swiss
Tahun: Tak pasti kerana tiada maklumat.
Casing: 
  • Stainless steel
  • Diameter 44mm (tidak termasuk crown)
Movement: ETA2824-2 (hack & winding).
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Kenyataan: Jam ini sudah dihentikan pengeluarannya.
Harga: - SOLD -




NEW OWNER: En. Abbas, Perlis