Thursday, February 24, 2011

Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar BT0070-01A

 Ia merupakan satu jam yang cukup anggun, cantik & sangat casual. Rupanya itu menampilkan ciri-ciri yang mewah. Mampu memberikan rupa yang matang, segak & bergaya kepada pemakainya...


 Casing stainless steel berkeadaan sangat baik. Mempunyai diameter 44mm (tidak termasuk crown). Mempunyai 2 versi sahaja pengeluarannya. Ia merupakan model Eco-Drive yang hanya memerlukan suntikan cahaya sebagai sumber tenaga penggeraknya. Dengan cas penuh, ia mampu mempunyai power reserve selama 365 hari! Jika tenaga tidak mencukupi & perlu dicas, ia akan memberikan penunjuk tertentu (warning).


Ia menggunakan cermin sapphire melengkung mengikut kelengkungan casing. Cerminnya mempunyai lapisan anti-reflektif yang memberikan biasan kebiruan dengan pantulan cahaya. Buatannya kemas & berkualiti tinggi. 


 Jarumnya dibuat unik. Dial berdekorasi & chapter ring yang timbul serta hour marker yang timbul memberikan rupa 3D kepadanya. Dengan paparan tarikh berkembar (twin date) yang besar itu serta sub-dial 2 saiz memberikan rupa yang cukup eksklusif. Hour marker & jarum itu mempunyai berluminous dengan kebiasaan cahaya Citizen adalah berwarna biru. Cantek!

Yang paling menarik mengenai fungsinya..... ia adalah model PERPETUAL CALENDAR yang tidak memerlukan kita adjust tarikhnya pada setiap bulan. 


 Crown diapit dengan 2 push button yang mempunyai fungsi tersendiri. 


 Tali kulit original didatangkan dengan deployant clasp yang menambahkan keistimewaannya serta mampu memanjangkan hayat tali kulit itu.


Caseback yang dibuat licin ini serta sedikit melengkung ke bawah mampu memberikan keselesaan yang sewajarnya kepada pemakainya. Berdasarkan nombor siri, ia dikeluarkan pada September 2008.


Jenama: Citizen
Model: BT0070-01A
Casing: 
  • Stainless steel.
  • Diameter 44mm (tidak termasuk crown)
Movement: Eco-Drive Calibre E310
Tali: Tali kulit
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.