Kepada peminat Seiko pasti sudah tahu ini model apa walau dipandang dari sini...
Ia adalah Seiko Prospex SBDC001 atau dikenali juga sebagai Sumo. Sesuai dengan namanya, ia sangat popular di kalangan pecinta Seiko diver.
Kondisi jam sangat memuaskan. Ciptaan jam ini boleh dikatakan sempurna & dinamik. Mempunyai saiz casing 45mm boleh dikatakan agak besar kepada tangan yang kecil. Bentuk casingnya juga memberi keselesaan kepada tangan.
Watchmaker Seiko menggunakan masa yang lama untuk sempurnakan jam ini & finishingnya sangat bagus & halus berbanding banyak Seiko yang pernah aku tengok. Markah penuh boleh diberikan kepada jam ini.
Crown yang bertanda dengan logo S ini memberi suatu keistimewaan dari kebanyakan Seiko yang biasanya tida bertanda begini. Putaran crown pasti & sempurna.
Terdapat sedikit calar pada clasp & bezel, terdapat juga calar halus di tempat lain namun tidak mencacatkan jam.
Ia dikeluarkan pada bulan April 2009.... masih muda & masih kelihatan hensem. Ia ditala dengan movement 6R15 dengan keupataan hack & kunci. Dengan harga yang ditawarkan, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.
Kotak istimewa dengan tag ini jarang dijumpai pada model-model Seiko pasaran kita... Seiko Sumo hanyalah untuk pasaran Jepun. Hanya terdapat 3 versi warna dial iaitu hitam, biru & oren.
Jam ini didatangkan dengan set kotaknya yang lengkap!
Jenama: Seiko
Model: Prospex SBDC001 aka Sumo
Buatan: Jepun
Tahun: April 2009
Casing:
- Stainless steel
- Diameter 45mm (tidak termasuk crown)
Movement: 6R15 (hack & winding).
Tali: Bracelet original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -