Friday, February 25, 2011

Oris William F1 Skeleton

Lihat kepada bentuk jam ni pasti sudah boleh tahu jenama & model jam ni. Ia adalah Oris model William F1 versi skeleton. Ia adalah kerana model ini menampakkan movementnya. Keadaannya memuaskan hati.


Casing stainless steel berdiameter 40mm (tidak termasuk crown). Keadaan bracelet memuaskan dengan bahagian polished di tengahnya. Selesa di pergelangan tangan.


Ia menggunakan cermin sapphire. Rupa skeleton jelas dengan penampakan movement di dalamnya. Date wheel pun jelas kelihatan... jadi bagaimana nak tahu bacaan tarikhnya.. Penunjuknya (anak panah merah) ada di pukul 6. 


Caseback jenis see thro yang menampakkan movementnya. Ia menggunkakan Calibre 733 yang diasaskan dari movement Selitta SW200. 


Disebabkan tiada banyak gambar yang aku dapat... 
Aku sertakan video jam model ini yang diambil dari youtube 



Jenama: Oris
Model: William F1 skeleton
Casing: 
  • Stainless steel.
  • Diameter 40mm (tidak termasuk crown)
Movement: Caliber 733
Tali: Bracelet
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -