Titoni Airmaster ni aku beli New Old Stock(NOS). Hanya disertakan jam sahaja tanpa kotak. Jam yang jarang aku pakai ni cuma ditatapi & aku rasa lebih elok kalau aku jual kepada sesiapa yang berminat.
Keadaan jam sangatlah sempurna & beroperasi dengan cemerlang. Casing stainless steel berukuran 38mm (mid size) & mempunyai ketebalan 10mm. Segak & menepati waktu. Jam juga adalah kalis air sehingga 30m.
Cermin adalah sapphire kristal. Dail hitam flat. Mempunyai hari-tarikh pada pukul 3. Jarum jam berbentuk lambang Mercedes menyerlahkan kehebatan jam ni. Jarum & marker mempunyai luminous padanya. Lambang Titoni berbentuk bunga dihiasi dengan warna merah di dalamnya menambahkan kemanisan pada jam ni.
Bracelet solid stainless steel disaluti emas. Jalinan link bracelet diselang-seli dengan polished & brushed finishing. Cantik dipandang di bawah sinaran cahaya.
Crown bersalut emas ini dihiasi dengan logo Titoni dengan cantik sekali. Bak kata kawan aku macam bunga Sakura. Tarikan & putaran crown smooth tanpa sekatan.
Bahagian sisi casing dipolished dengan baik sekali.
Single clasp ini dibuat brushed finishing pada bahagian tengah & polished finishing di bahagian tepi. Lambang Titoni dibuat embosed dengan kemas & baik sekali.
Caseback skru ni menyimpan jantung ETA 2824-2(sama dengan Epos aku). Enjin 25 jewels ni adalah in-house assembly oleh Titoni, 28800bph & mempunyai power reserve 38 jam. Enjin seumpama ini boleh hack & juga wind. Mohon maaf, aku tak mahu buka caseback sebab jam ni baru.
Jenama: Titoni Model:Airmaster Buatan:Swiss Tahun: Tak pasti Movement:ETA 2824-2. 25 jewels. 28800bph. Hack & wind. Sangat lancar & menepati waktu. Tali: Solid stainless steel Kondisi:Sangat sempurna. Jam ni aku beli NOS
Keterangan:
Keadaan jam yang sempurna ini aku nak letgo kepada yang beminat. Jam disaluti emas ni sangat cantik dengan dail berwarna hitam. Sangat sesuai dengannya & masuk dengan banyak 'fuction'.Dress watch yang cantik untuk dipakai.
Jam ni aku beli NOS. Tiada kotak disertakan dengan pembelian aku tu.
Harga yang ditawarkan boleh runding. Harga termasuk kos penghantaran
Seiko Sportmatic memandang masa depan mengenang nasibnya nanti...
Seiko Sportmatic yang semakin rare sekarang ni...
Dibekalkan dengan tali kulit baru...
Casing stainless steel masih berkeadaan elok walaupun mempunyai calar pada bodynya. Walaupun begitu, ia masih berkilat. Diameter casing 35mm dengan saiz lug 18mm. Crown diposisi pada pukul 4. Penentuan masa hanya perlu tarik crown ke 1 posisi saja. Nak ubah tarikh, perlu tekan crown ke dalam. Perhatian perlu diberikan pada crown semasa menukar tarikh. Bila tekan banyak kali, kadang kala, ia akan stuck sekejap. Bila dibiarkan lama skit, ia kembali pulih & boleh tekan semula. Nak ubah hari, kena pusing jarum full 24 jam.
Walaupun casing camtu, tapi dail sangat bersih. Emblem Seiko yang timbul, jarum yang masih cantik & mempunyai tetingkap metal pada hari & tarikh.
Ciri-ciri Seiko 5 lengkap pada jam ni. Caseback jenis skru. Maklumat lengkap jam tertera pada caseback. Keadaan belakangnya masih cantik.
Side view..... pandai dia posing...
Nak tukar tali kulit senang dengan adanya lubang camni pada lug. Perhatikan lug sebelah kanan. Agak melengkung ke dalam skit....
... aku pun tak perasan benda ni bila aku beli jam ni. Sekali imbas tak perasan pun. Kena tengok betul-betul. Tapi tak jejaskan tali & lug pun.
Aku tak tau istilah apa nak pakai untuk dail camni. Cantik cara marker & susun aturnya. Payah nak jumpa Seiko camni sekarang.
Dipacu enjin 6619 dengan baik sekali... Mempunyaijewels sebanyak 21.
Enjin bersih. Bentuk rotor yang tersendiri. Terdapat 2 skru yang perlu dibuka untuk mengeluarkan enjin dari casing. Gambar ni sama dengan atas. Perhatikan betul-betul perbezaannya. Yang ni, aku dah letakkan o-ring baru pada kawasan skrunya. O-ring tu aku cuma letakkan saja & terus tutup caseback. Aku takda gam untuk lekatkannya pada casing.
Jenama: Seiko Model: Weekdater Buatan: Jepun Tahun: Dipercayai 1970an Movement: Automatik 6619 (21 jewels). Running ok Tali: Kulit baru
Keterangan:
Seiko Weekdater antara model yang semakin rare sekarang. Susah nak jumpa yang betul-betul elok. Walau dah tua, tapi masih gagah mengatur waktu...
Aku agak confius dengan status caseback jam ni. Kat dail Weekdater, caseback Sportmatic. Tapi enjin memang dia punya. Mungkin gak Weekdater tergolong dalam keluarga Sportmatic.
Selain penukaran tarikh & lug, keseluruhan jam ni sangat baik.
Authentic CRISTIAN DIOR Girly Boston Bag
-
RM 360
Zip closure
Double handles
Exterior CD monogram canvas
One large compartment
Size: W13, H7, D5 inch
Handle drop is opprox. 6"
Made in Italy
In ver...
Flower Headband - Ready Made
-
Salam semua..
Kali ni saya buatkan readymade flower headband
Ada yang versi getah di belakang.
Ada yang versi ribbon. ikat sendiri.
untuk versi getah u...
Kata Kunci Ajaib yang Anda Tidak Ketahui
-
[image: Kata Kunci Ajaib Google yang Jarang Diketahui di Dunia]
Kata Kunci Ajaib Google yang Jarang Diketahui di Dunia
Google merupakan search engine terk...
PERHATIAN.......
-
KEPADA SEMUA RAKAN2 NIAGA DAN PELANGAN ONEXBUNDLE...ATAS SEBAB GAMBAR UTK
UPLOAD KAT BLOG NI DAH FULL.HARAP SEMUA DAPAT MASUK KE BLOG BARU SY
WWW.ONEXBUNDL...