Thursday, October 27, 2011

Waltham sub-second winding

Cantik..... ada sub-second lagi....


Aku pernah review suatu ketika dulu... Klik SINI.


Dialnya cukup bersih. Hour marker istimewa kerana menggunakan 'batu permata' berbanding kebiasaan jam. Dial sedikit melengkung & dengan warna dial yang kelabu. membuatkannya sangat serasi dipandang mata... sesuai dengan casingnya itu.


Cermin baru ditukarkan jenis Swiss. Tinggi & memberikan rupa yang cantik pada jam apabila dipandang. 


Crown original telah mengalami sedikit 'penurunan' disebabkan penggunaannya yang kerap. Namun keadaan casing lain masih memuaskan.


Caseback jenis snap-on berkeadaan baik. Tercatat informasi mengenai jam ini.


Movement kunci telah diservis sifu aku. Berfungsi dengan cukup baik. Ianya cukup bersih!


Jenama: Waltham
Movement: Kunci.
Tali: baru.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -




NEW OWNER: Sahabat Jam

Tuesday, October 18, 2011

Longines 1 button chronograph


Ini merupakan suatu jam yang cukup rare & sangat istimewa. Dengan dial patina serta mempunyai sub-second, sangat sesuai kepada mereka yang meminati jam seumpama ini.


Muka yang dimamah usia ini mempunyai sejarahnya senditi. Walau sudah tua, ia masih nampak cantik & menggiurkan....


Ia merupakan jam chronograph awal dengan 1 button. Ia masih berfungsi & kiraannya agak berlainan dari kebiasaan jam chronograph lain. 


Semasa aku mula melihatnya, aku agak terkejut dengan jam ini kerana tak menyangka ia adalah jam chronograph. Ini ialah push button untuk chronograph.


Ia hanya mempunyai 1 register dimana ia merupakan sub-second & bukannya register minit chronograph. Jarum saat (panjang) itu akan bergerak setiap satu minit apabila jarum sub-second bergerak 60 saat. Apabila jarum panjang itu mengelilingi satu pusingan jam, ia akan memberi bacaan 60 minit.


Crown original & keadaan casing masih baik walau terdapat kesan warna emas yang telah 'turun' di beberapa bahagian.


Casingnya masih baik & boleh dihantar kepada pakai untuk sadurkan semula emasnya.


Caseback jenis snap-on masih berkeadaan baik.


Bahagian dalam caseback dihiasi dengan finishing perlage. Movementnya berfungsi baik & bersih.


Komplikasi yang ada pada movement ini sangat istimewa. Satu koleksi yang hebat untuk dimiliki.


Jenama: Longines
Model: Chronograph 1 button
Tahun: 1960an
Movement: Kunci (winding)
Tali: kulit
Kondisi: Terpakai


Monday, October 17, 2011

Zodiac SST 36000 High Beat

Ini merupakan Zodiac paling unik & cantik pernah aku lihat. 


Cantik bukan sahaja pada casingnya yang masih cun, tapi bentuknya & kesesuaian warna dialnya yang nampak cukup harmoni dengan bentuknya itu.


Dial berwarna biru ditandai dengan titik berwarna merah di antara pukul 4 & 5 yang membawa maksud ia adalah model hi-beat.


Dial berwarna biru mempunyai tekstur & berkeadaan bersih. Marker timbul & jarum masih baik. Dial juga nampak unik dengan lurah horizontal di tengahnya. 


Keadaan casing heksagon ini sangat cantik & memuaskan. Crown original berlogo Zodiac.


Bracelet original masih berkeadaan baik & memuaskan.


Terus terang aku cakap, pemaikaian jam ini sangat selesa.


Caseback mempunyai sentuhan polish finished adalah jenis snap-on.


Movement automatik berfungsi baik & bersih.


Salah satu ciri movement hi-beat ialah mempunyai diameter balance wheel yang kecil & gerakannya sangat laju. Sebenarnya aku tak pasti mengapa logo Omega ada di escapementnya. Pemiliknya juga tidak dapat memastikannya. .


Jenama: Zodiac
Model: SST 36000 Hi-Beat
Tahun: 1980an
Movement: Automatik hi-beat.
Bracelet: original.
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.

Sunday, October 16, 2011

Casio Personal Trainer JC-30


Jenama: Casio
Model: Personal Trainer JC-30
Casing: Resin
Modul: 1643
Tali: Getah original
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -


New Owner: En. Azrul, PJ


Jam kunci untuk repair atau spare part

4 jam ini merupakan jam kunci yang terdiri daripada:
  1. Lucern
  2. Manson
  3. Seiko
  4. Bulova art-deco



 Dijual secara pukal untuk repair ataupun spare part. Keadaan jam baik & berdetik kecuali Bulova yang tidak sempurna namun keadaan casingnya sangat baik dengan saduran emas 10K mikron.


 Caseback berkeadaan baik & masih dapat menutup dengan baik.


 Movement sempurna & bersih. Kesemuanya masih berdetik kecuali Bulova.











- SOLD -

Saturday, October 15, 2011

Timex military winding


Model mekanikal awal Timex terdiri daripada jam bermovement kunci (winding). Bermula dari tahun 1960an mereka mengeluarkan jam tangan mekanikal yang reliable & sangat berpatutan harganya.


Pengenalan tahun pengeluaran jam tangan mereka boleh ditentukan berdasarkan nombor yang tertera pada dial di pukul 6 atau pada caseback. Untuk jam ini, penomborannya adalah pada dial. Cara penentuan tahun pengeluaran jam Timex seperti berikut (untuk jam ini & seumpamanya):

Nombor: 2337102478

Dari nombor di atas, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian: 2337102478
Nombor katalog: 23371
Movement: 024
Tahun pengeluaran: 1978

Jadi tahun pengeluarannya ialah 1978

Untuk bacaan lanjut, layari... 


Keadaan dial agak bersih & jarumnya kelihatan masih baik.


Keadaan casing base metal bersegi & baik. Krom masih melekat elok pada jam. Diameter casing 31mm tidak termasuk crown.


Crown boleh diputar dengan baik & tanpa sekat-sekat. Casing calar tu perkara biasa la... bukannya jam baru. Cermin nampak macam calar, tapi sebenarnya bukanlah calar di bahagian atasnya.. tetapi di bahagian dalamnya... aku dapat jam ini dah begitu....


Caseback stainless steel, jenis snap-on & boleh dibuka dengan mudah.


Inilah movement 024 buatan France. berfungsi dengan cukup baik walaupun ianya telah berusia. 


Aku dapatkan jam ni dulu tanpa tali & harganya agak tinggi. Aku pasangkan tali military Seiko sebagai set lengkap tawaran aku ini.


Jenama: Timex
Model: Military
Tahun: 1978
Casing: 
  • Base metal. 
  • Diameter 31mm (tidak termasuk crown)
Movement: o24 (winding).
Tali: Military Seiko.
Kondisi: Terpakai. Sangat memuaskan.
Harga: - SOLD -




Casio Databank DB-520




Jenama: Casio
Model: Databank DB-520
Modul: 675
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai
Harga: - SOLD -


New Owner: En. Adrian Lee

Dial Seiko 6309-7040 Turtle


Dial aftermarket Seiko 6309-7040 Turtle.... berbeza dengan dial Seiko diver lain, marker Turtle mempunyai warna putih. Dial model lain adalah warna hijau

- SOLD -

Seiko 6138 Bullhead


- SOLD - 

Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar

Citizen Eco-Drive ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Aku pernah review jam ini suatu ketika dulu & kini ia untuk dijual. Ia dijual bersama-sama kotak original ini yang tampak eksklusif.


Ia merupakan jam dress yang cukup cantik & anggun. Wajahnya nampak cukup mahal. Keadaan jam masih baik. Cermin jenis sapphire tidak dilapisi saduran anti-reflektif.


Ia mempunyai komplikasi masa, kalendar perpetual, alarm, local-time & juga penunjuk 24 jam.


Caseback skru mempunyai logo bumi yang merupakan logo untuk Eco-Drive.


Bracelet masih baik & sangat selesa dipakai. Ia menggunakan clasp jenis butterfly yang sangat mudah untuk digunakan.


Jenama: Citizen
Model: Eco-Drive Perpetual Calendar
Tahun: 2008
Movement: Eco-Drive quartz.
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai
Harga: -SOLD-

New Owner: USTAZ WAFEE