Friday, December 9, 2011

Tissot PR516 Gold

Tissot PR516 mempunyai beberapa versi keluaran. Ini merupakan salah satu keluarannya. Ia didatangkan secara keseluruhan berwarna emas.


Kondisi jam keseluruhan adalah original.


Dial mengalami sedikit gelembung-gelembung....


Model ini menarik kerana hour marker seperti tergantung & terletak pada chapter ring. Ada juga model terbaru Tissot yang mengekalkan ciri-ciri ini.


Crown original dengan logo Tissot.


Keadaan casing masih baik & memuaskan hati.


Bracelet adalah original 


Keadaannya masih baik juga.


Caseback jenis skru & mohon maaf kerana tak dapat buka.... Dijamin original oleh tuannya...


Jenama: Tissot
Model: PR516
Tahun: 1970an
Movement: Automatik.
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai



Seiko Bullhead

Seiko Bullhead... sudah dikenali ramai... 


Keadaan jam sangat elok & cantik. 


Dial berkeadaan bersih. Nampak jarum masih original. Hour marker berwarna putih tu aku nampak sudah dicat semula. Penunjuk hari mempunyai English/Arab & penukaran hari & tarikh adalah jenis quick set.


Dalam keadaan reset chrono, semua jarum kembali ke 0 melainkan jarum saatnya yang lari sedikit. Kurang tepat 0 lah senang....


Leadaan casing sangat baik & memuaskan hati.


Cerminnya adalah mineral & berkeadaan masih baik.


Crown & push button berkeadaan baik. Cuma aku rasa push button tu adalah dari Seiko UFO sebab ada garisan padanya.


Caseback berkearaan baik & sepertimana jam sebelum ini, caseback tak dapat buka disebabkan tuannya tak bawa alat. Penentuan masa jam ini adalah baik.


Bracelet yang digunakan adalah dari Seiko juga. Berkeadaan baik & sesuai untuk jam ini.


Jenama: Seiko
Model: Bullhead
Tahun: 1971
Movement: 6138 automatik. Boleh kunci.
Tali: bracelet Seiko.
Kondisi: Terpakai


Omega Seamaster

Seamaster merupakan salah satu siri keluaran Omega.


Keadaan jam ini secara keseluruhan adalah original. 


Dial keemasan dengan jalur vertikal ini berkeadaan sedikit patina termasuklah juga jarumnyanya. Keadaannya masih baik. Cermin kristal berkeadaan masih baik. Penukaran tarikh adalah jenis quick set, namun tidak untuk hari.


Keadaan casing masih memuaskan hati. Design casing agak menarik sebenarnya.


Crown original berlogo Omega.


Bracelet yang didatangkan bersama jam ini adalah original. Keadaanya sangat baik juga.


Caseback ringkas hanya mempunyai logo Seamaster padanya. Mohon maaf kerana caseback tak dapat dibuka memandangkan tuannya tak bawa alat. Namun dijamin original oleh tuannya.


Jenama: Omega
Model: Seamaster
Tahun: 1970an
Movement: Automatik.
Tali: bracelet original.
Kondisi: Terpakai


Longines Conquest










Jam terjual sebelum dimasukkan dalam blog... 

Hanya untuk tatapan saja...



Wednesday, December 7, 2011

Preview... Jam-jam untuk dijual....

Apa yang dipaparkan ini merupakan jam-jam milik kawan aku... Ada masa nanti aku akan masukkan satu persatu termasuk keterangannya. Buat masa ni, layan gambaq dulu la no.....

Tissot PR516


Omega Seamaster


Seiko Bullhead


Longines Conquest


Wyler-Vetta


Cornavin Big Date


Candino


Elgin


Seiko Monaco


Seiko Bellmatic


Le Merfon