Tuesday, May 14, 2013

FACEBOOK - Dunia Jualan Jam

Group Facebook DUNIA JAM juga telah menjadi medium berinteraksi sesama rakan-rakan peminat/penternak jam dari seluruh Malaysia malah ada juga rakan-rakan dari Indonesia. Maklum balas yang lebih pantas dengan Facebook mungkin telah menjadi pilihan ramai berbanding blog telah menyebabkan dunia blog agak perlahan perjalanannya.... namun blog masih menjadi perhatian untuk maklumat, rekod & arked bacaan & informasi.....

Dengan komitken kerja & lain-lain keperluan yang lebih penting telah menyebabkan aku tak mampu untuk mengadakan jualan di blog seperti sebelum ini. Aku juga terpaksa menolak banyak permintaan rakan-rakan untuk tolong menjual jam & aku memohon maaf sangat-sangat kerana tak dapat menolong..... 

Medium  Facebook kini lebih banyak digunakan oleh blogger & rakan-rakan pengumpul jam untuk menjual jam yang mana blog telah menjadi saluran kedua untuk jualan dilakukan.

Mungkin ramai yang masih belum tahu akan kewujudan group Facebook DUNIA JUALAN JAM yang sebenarnya telah lama diwujudkan khas untuk jualan & pembelian jam, aksesori jam atau lain-lain yang berkaitan. 





Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook,  kunjungilah & sertai group kami bagi memeriahkan lagi DUNIA JUALAN JAM. Mungkin dalam ratusan jam yang diiklankan itu terselit jam yang anda tercari-cari selama ini.....

Kunjungi kami di DUNIA JUALAN JAM